Rasa manis isi ikan kerapu segar.. Sambalnya pedas-pedas manis. Oh Enaknya!
Ikan kerapu ni adalah antara kegemaran Pak Hencik. Kalau ke pasar atau pasar raya, selain dari ikan kerapu dia akan beli ikan siakap atau tongkol atau ikan cencaru. Ikan jenis lain dia tak pandai beli. 😁😁😁 Biasa kita masak stim, tapi hari ni kita masak sambal sahaja sebab nak diregukan dengan sayur lemak daun cekur manis. IKAN KERAPU MASAK SAMBAL Oleh Dapur Cempakasari Bahan-bahan 2 ekor ikan kerapu, disiang dan dibasuh bersih disapu garam dan kunyit 3 ulas bawang putih, dikisar 1/2 biji bawang merah, dikisar 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar 1 biji lada hijau, dipotong serong 1/2 biji bawang besar, dihiris 1/2 biji tomato saiz besar, dipotong wedges Sedikit air asam jawa Garam dan gula Minyak untuk menggoreng Daun sup, dihiris untuk hiasan Cara-cara menyediakannya Marila kita ke dapur.. Jommm..
Sepasang ikan suami-isteri, disiang dan dibasuh bersih.
Lumurkan garam dan kunyit.
Panaskan minyak. Goreng sehingga masak.
Apabila masak, angkat dan toskan minyak. Terus letakkan ikan dalam pinggan hidang. Sementara itu, sediakan bahan untuk masak sambal tumis.
Bawang putih, bawang merah dan cili kering dikisar halus. Hiris bawang besar Holland, lada hijau dipotong serong dan tomato dipotong wedges.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
Bila sudah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Masukkan juga sos cili dan sos tiram. Kacau dan biarkan ia memekat.
Bila sudah hampir pekat, masukkan bawang besar Holland, tomato dan lada hijau.
Biarkan ia mendidih, pekat dan sedap. Hehehe
Lepas sambal dah masak, terus curah ke atas pasangan ikan yang sedang beristirehat di dalam pinggan. Taburkan dengan hirisan daun sup. Siap untuk dinikmati..
Untuk hidangan kita hari ini.. Untuk sepasang suami-isteri jugak.. Anak-anak ada program di sekolah masing-masing. Jemput makan kawan-kawan semua.. Bismillah..
Sangat sedap dimakan bersama tauhu bergedil yang viral tu. Hmmm.. Memang sedap!
Sedap juga dimakan bersama jambu batu, mempelam putik, nenas, buah kedondong, epal dan pelbagai buah pilihan sebagai rojak buah. Tabur kacang tumbuk kat atasnya. Mabeles!
RESEPI KICAP PEDAS Oleh Dapur Cempakasari Bahan-bahan 35 biji cili padi, tambah kalau nak lebih pedas 5 biji bawang putih 1 cawan air 3/4 cawan gula merah 1/2 cawan gula 3/4 cawan kicap manis 2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air Sedikit minyak untuk menggoreng Cara-cara membuatnya Langkah 1 Satukan 3/4 cawan gula merah dan 1/2 cawan gula bersama secawan air ke dalam periuk dan panaskan di atas dapur sehingga hancur.
Cili padi dan bawang putih yang telah dibasuh bersih.
Langkah 2 Goreng sekejap cili padi dan bawang putih tadi dengan sedikit minyak. Angkat dan toskan.
Langkah 3 Kisar cili padi dan bawang putih yang telah digoreng dengan secawan air.
Langkah 4 Kembali ke periuk yang kita masak air gula tu tadi dan tuangkan bahan kisar.
Langkah 6 Masukkan juga kicap manis sambil dikacau sekali sekala sehingga menggelegak.
Langkah 7 Apabila sudah menggelegak, kita tuangkan pula bancuhan tepung jagung sambil dikacau sehingga sebati dan sederhana pekat. Eheheh. Maksudnya tak cair dan tak pekat.. Huhuhu Apabila sudah sederhana pekat, bolehlah tutup api. Sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas bertutup. Nak makan ambik. Dah habis makan, kalau ada lebihan kita boleh simpan dalam peti sejuk. Untuk misi hari ini..
Bolehlah dihidangkan bersama tauhu bergedil.. Hmmm... Sedapnya. Jemput makan. Bismillah..
Burger Malaysia Sambal Sardin?! Ada salad? Ada cheese? Lebih meransangkan anak tekak! Sedapnya!!
Bila siap tadi, cuba rasa satu. Sedap! Tapi macam ada benda yang kurang. Bila di tambah sos cili.. Ohohoho.. Terangkan Sungguh rasanya!
Dari satu biji nak masuk dia biji.. Bila nak masuk tiga tu teringat pesan abah. Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadinya tak jadilah masuk mulut yang ke tiga. 😁😁😁
BURGER MALAYSIA SAMBAL SARDIN BERCHEESE Oleh Dapur Cempakasari Bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan sambal sardin 1 tin kecil sardin, dihancurkan 1 biji bawang putih, dicincang 1/4 biji bawang besar Holland, dicincang 3 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar mayonaise Bahan-bahan roti burger Malaysia 4 cawan tepung gandum *1 cawan air *2 sudu besar yis segera *2 sudu besar gula *2 sudu besar susu pekat manis Bahan yang bertanda * dicampur dan dibiarkan sehingga kembang 1 sudu kecil baking powder 2 sudu besar water roux 2 sudu besar mentega atau shortening Sedikit garam Minyak untuk menggoreng terendam Bahan aksesori Daun salad, dipotong kasar Cheese keping, dipotong empat Cili sos Cara-cara menyediakannya. Jom.. Jom kita ke dapur Langkah pertama kita sediakan sambal sardin dahulu.
Sardin di dalam tin dikeluarkan. Buang sosnya dan hancurkan isi ikan. Biarkan sekejap.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering kisar sehingga kekuningan.
Masukkan sardin hancur tadi. Kacau rata sehingga kering.
Akhir sekali masukkan mayonnaise, gaul rata dan tutup api. Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk. Mari kita buat roti burger Malaysia pula. Jom..
Sediakan larutan yis. Air, yis, gula dan susu pekat manis di satukan dan di kacau hingga sebati. Biarkan larutan ini kembang seperti di atas. 👆👆
Keluarkan water roux dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik.
Pecahkan telur dan godek sikit.
Di dalam bekas hijau, masukkan tepung gandum, baking powder dan sedikit garam. Gaul rata.
Masukkan telur yang telah digodek tadi.. Gaul rata guna jari
Buatkan lubang di tengah, tuang bancuhan yis yang kembang dan uli perlahan-lah an sehingga membentuk adunan
Lepas tu masukkan mentega atau marjeri atau shortening dan water roux. Uli sehingga licin dan berkilat.
Haaa.. Ni dia. Licin dan berkilat tak? 😂😂😂
Seterusnya tutup bekas dengan kain masin.
Biarkan ia kembang 2 kali ganda seperti di atas. 👆👆
Tumbuk dia untuk keluarkan angin.
Bahagi Adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Kalau rajin, boleh timbang 25gm atau 30gm.
Bulat-bulatkan dan susun di atas baking paper yang telah ditabur dengan tepung gandum. Letak jarak-jarakkan sebab nanti ia akan kembang lagi.
Nak bagi cantik, Mak Hencik tekan kat atasnya dengan bekas yang rata.
Biarkan sehingga ia kembang lagi sekali.
Bila ia sudah kembang, sediakan kuali dan minyak untuk menggoreng.
Goreng dengan api yang sederhana.
Balikkan apabila sudah keperangan.
Angkat dan toskan apabila masak.
Gorenglah sampai habis. Sekarang tibalah masanya untuk kita menghias badan burger Malaysia.
Kita perlukan sambal sardin, daun salad, cheese keping yang dipotong empat dan sos cili. Roti goreng tadi di belah dua tetapi tidak putus.
Sapu 1 sudu besar sambal sardin, letakkan daun salad, cheese dan picit sedikit cili sos. Dah siap untuk dimakan. Jom..
Yang ni 👆👆pula kita simpan untuk sarapan esok. Uda dan dara sehati sejiwa, Sehati sejiwa hati ditambat; Sungguh sedap memikat jiwa, Rasa sekali terus terpikat. ❤️❤️❤️💞