Memaparkan catatan dengan label Resepi Gorengan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Gorengan. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mac 2019

Cara buat Ketuk ubi

Getuk ubi ke ketuk ubi? 😂😂😂

Apa-apa lah.. Yang penting sedap!


Cara membuatnya memang perlu diketuk. Ubi yang telah direbus di ketuk-ketuk atau ditumbuk sehingga hancur. Letak kelapa parut. Letak gula secukup rasa.



Kuih traditional ni sesuai dihidangkan bersama kopi pekat. Untuk sarapan pagi, minum petang atau makan sambil bersembang lewat malam.. Supper. Perghhh!!!



RESEPI KETUK UBI @ GETUK UBI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan bebola ubi kayu

1 biji ubi kayu, lebih kurang 1/2 kg, dibuang kulit dan direbus sehingga empuk.
1/2 biji kelapa parut putih
4 sudu besar gula

Bahan untuk menyadur
(macam goreng pisang)

1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung pulut
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom..



Ubi kayu. Beli di pasar malam rm3. Bawa balik ke rumah dan kupas kulitnya. Lepas tu rebus sehingga empuk.



Ubi kayu yang sudah direbus, toskan air dan sejukkan. Kemudian buang empulur ubi tu.



Tumbuk ubi sehingga lumat. Kalau tak lumat sikit-sikit tu adalah dimaafkan.



Di dalam besen hijau aku punya, masukkan ubi yang ditumbuk, kelapa parut putih dan gula secukup rasa.



Gaul sehingga sebati.



Lepas tu bulat-bulatkan. Kepal-kepal sikit dengan tangan. Biarkan seketika.

Jom buat bater untuk menyadur bebola ubi pula.



Di dalam besen hijau aku yang punya, masukkan tepung beras, sedikit tepung pulut, sedikit garam dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi adunan dengan kepekatan yang sesuai.



Sekarang boleh panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng menggunakan kaedah menggoreng dalam atau guna minyak yang banyak.

Masukkan bebola ubi yang dibulatkan tadi. Sadur dengan adunan tepung beras sehingga semua bahagian bersalut.



Apabila minyak sudah panas, perlahan-lahan masukkan bebola yang sudah disadur.



Goreng sehingga keperangan dan balikkan supaya kedua belah masak sekata.



Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Bolehlah dihidangkan..

Jom menikmatinya..

Bismillah..

🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄

Sabtu, 5 Januari 2019

Roti Telur Sardin yang Sedap

Roti telur Sardin ni mudah sangat nak buat. Rasanya pun sedap juga. Kalau bosan buat roti telur, haaa bolehlah buat roti telur sardin ni.



Ingatkan hanyir sebab guna sardin. Malangnya takde bau hanyir pula. Hurm..

Inilah tambahan koleksi untuk sarapan pagi sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Boleh juga dibuat minum petang atau kudapan malam.

Kalau selepas anak-anak belajar atau buat homework pada waktu malam, boleh juga buat benda alah ni. Selain sedap, resepi ni juga senang nak buat.

Jom kita buat.. 



ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Siti NorFarizah Mohamad

Bahan-bahan

1 tin kecil sardin
2-3 biji telur
1/2 biji bawang merah besar, dihiris
Sedikit daun sup, dihiris
Cili secukupnya, dihiris
2 sudu besar mayonnaise (resepi asal tak letak)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur



Sardin dibuang sos dan tulang kemudian dilenyek sampai hancur.



Roti keping dipotong tiga segi atau ikut suka kita.



Di dalam bekas, masukkan sardin lenyek, bahan-bahan hiris, telur, mayonnaise dan garam. Kacau sehingga rata.



Kemudian, bolehlah kita panaskan kuali dan letakkan Sedikit minyak.

Lepas tu Celup roti ke dalam campuran telur dan sardin tadi.



Lepas tu masukkan ke dalam kuali yang telah panas. Bila sudah keperangan, balikkan.



Tunggu sehingga masak, barulah angkat.



Hidangkan. Siap untuk dimakan.

Jemput makan semua..

Bismillah..

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

Khamis, 13 Disember 2018

Popia Ayam yang Mudah

Sambil tengok TV, sambil kunyah popia. Saper suka?


Perut la yang suka sebab nanti kenyang. Perut sapo ler tu kalau bukan perut yang suka makan.. Perut kita ler tu.. 😆😆😆

Wahai mulut.. Awak jangan banyak komplen ya.. Makan dengan rasa syukur supaya perut ada alas. Makan sekadar alas perut sahaja.. Sederhana gitu.. 😎😎😎


RESEPI POPIA AYAM YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang, direbus dan dilecek
1 1/2 cawan isi ayam, dikisar bersama 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji bawang putih, dicincang
1/2 biji bawang merah besar, dicincang
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit karot, diparut
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur!


Rebus kentang, toskan air dan lecek.


Kisar isi ayam bersama serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sehingga hancur.

*
Tumiskan bawang putih dan bawang merah cincang sehingga kekuningan.


Masukkan isi ayam kisar dan kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air supaya isi ayam mudah masak. Kacau lagi sehingga air kering dan isi ayam masak. Bila sudah masak, tutup api.


Oleh kerana isi ayam berketul kasar, Mak Hencik kisar lagi sekali menggunakan pengisar kering.


Di dalam bekas yang sesuai, masukkan kentang lecek, isi ayam kisar, karot yang disagat dan bawang goreng.


Gaul sehingga sebati.


Persediaan menggulung popia. Inti ayam, kulit popia dan bancuhan tepung gandum serta sedikit air.


Sudukan inti ayam ke atas kulit popia.


Gulung sikit. Sapukan bancuhan tepung gandum di bahagian bucu atas kulit popia.


Lipat ke kiri dan lipat ke kanan.


Kemudian gulunglah sehingga habis.


Dapat satu bekas, 35 biji popia.


Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Ini ialah popia yang digoreng sekejap untuk disejukbeku atau frozen. 


Ini ialah popia yang sedia untuk dimakan sambil menonton perlawanan separuh akhir bola sepak piala AFF antara Malaysia dan Thailand. Yeayyy Malaysia menangis 2-2 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Jemput makan semua..

Bismillah..

Jumaat, 22 Jun 2018

Popia Sayuran Ringkas Amat

Lebihan karot dan tauge ada tersadai dalam peti sejuk. Pergi beli sengkuang di Kedai Acheh seketul, sambil-sambil beli ayam. Bolehlah buat popia goreng inti sayur-sayuran. Bolehlah isi perut kami sekeluarga di waktu petang.



RESEPI POPIA SAYURAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 bungkus kulit popia
1 batang karot - disagat
2 cawan tauge
1 biji sengkuang saiz kecil - disagat
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air until dijadikan gam.
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom..


Bancuhan tepung gandum.


Kulit popia


Tauge, karot sagat dan sengkuang sagat dicampur di dalam bekas. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan gula. Gaul sehingga rata.

Inilah version yang paling ringkas yang kubuat. Huhu


Ceraikan kulit popia selapis demi selapis until memudahkan kits menggulung.

Ambil sekeping dan letakkan di tempat yang rata. Ambil sedikit campuran sayuran Dan letakkan di atasnya.


Lipat ke atas.


Kemudian lipat kiri dan kanan. Sapu bancuhan tepung di hujung bahagian at as kulit popia.


Lepas tu, gulunglah dengan kemas.

Sajer jer nak tunjuk.. Sebenarnya korang dah terrer pun.. Hihihi


Buatlah sampai habits.


Panaskan minyan secukupnya untuk menggoreng popia pula.
Apabila sudah kekuningan, balikkan supaya keseluruhan popia masak dengan sekata.

Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Bolehlah dihidangkan dengan sos pencicah yang dibeli di pasaraya. Keh keh keh.


Ringkas cenggini pun sedap juga tau. Jemput makan semua..

Bismillah..