Isnin, 24 Mei 2021

Ketupat Palas Kelantan

 Kepada penggemar ketupat palas, sekarang dah boleh buat ketupat sendiri. Boleh buat, boleh makan pada bila-bila masa sahaja, tak kira pada hari raya atau pada hari-hari biasa.


RESEPI KETUPAT PALAS KELANTAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg beras pulut
1 1/2 cwn santan pekat
2 sudu teh garam halus
(Santan dan garam dibancuh bersama)
2 cawan gula

Cara-cara membuatnya

🌻Mula-mula sekali kena buka daun palas tu dulu untuk memudahkan kita membungkus ketupat nanti.


🌻Sesudah buka daun palas, kita sediakan beras pulut pula.

🌻Beras pulut dibasuh bersih, kemudian direndam selama 2 jam..


🌻Selepas tu, kita toskan air dan masukkan dalam pengukus lalu dikukus pulut selama 40 minit.


🌻 Selepas 40 minit, kita keluarkan dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas yang besar.


🌻Sediakan 1 1/2 cawan santan. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sehingga rata. 

🌻Tuang sedikit demi sedikit santan ke dalam pulut. 


🌻 Kemudian kita arung pulut dengan santan tadi. Arung tu maksudnya kita masukkan santan sikit-sikit sambil digaul dengan pulut. Gaul sehingga rata.


🌻Lepas tu kita masukkan pulut yang telah diarung dengan santan tadi ke dalam pengukus dan kita kukus pulut tadi untuk kali kedua selama lebih kurang 30 minit, iaitu sehingga pulut masak.


🌻Setelah 30 minit, keluarkan pulut kukus tadi dan masukkan ke dalam bekas yang besar tadi semula.

🌻 Masukkan 2 cawan gula sedikit demi sedikit sambil digaul rata. 

🌻 Ketupat palas Kelantan ni memang manis banyak. Jadi, kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ya.


🌻Biar pulut tu sejuk sikit ya sebelum kita membungkus nya.


🌻Dah ready untuk membungkus. Ada daun palas yang siap dibuka lebih awal, pulut ketupat, serunding ayam atau daging (jika nak letak serunding), air bersih untuk basuh tangan (sebab pulut nanti melekat kat tangan) dan last but not least tuala pengelap tangan. (Dah basah tangan, nak lap tangan pula hihihi 🤭🤭🤭)

🌻Cara membungkusnya boleh rujuk YouTube sebab tak boleh tepek sini. Google blogspot ni kata, exceeded limit. Mungkin panjang sikit kot. 🙏🙏🙏

Try rujuk link di bawah. Mudah-nudahan membantu. 👇👇

https://youtu.be/5O73XaQXQBw

https://youtube.com/channel/UCoKojvr2m-78y9qe1JsmZqQ



🌻Selesai membungkus. Adoiii lenguh pinggang.

🌻Lebihan daun palas yang panjang tu biasanya orang potong pendek. Tinggalkan dalam 1 atau 2 inci sahaja supaya ketupat nampak kemas.

🌻Lepas tu bolehlah dikukus lagi sekali dan lepas tu bolehlah dimakan.

🌻Atau kalau nak makan kemudian, ketupat palas ni boleh disejukbekukan. Bila nak makan, baharu keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik sebelum dikukus atau direbus dengan sedikit air.

🌻Kalau nak panaskan guna mikrowave pun boleh, cadangan masa ialah 2 minit.


🌻Ni lah antara ketupat palas yang Mak Hencik buat. Bercinta jugakla nak siap. 🤭🤭🤭

🌻Ambik sebijik untuk dimakan. Yang ni☝️Mak Hencik letak inti serunding ayam.

🌻 Bismillah.. mmm.. sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan