Bukan senang nak buat kulit karipap kekal rangup sampai ke petang. Begini tips nya.. Ajom..
Dapur Cempakasari
Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Sabtu, 20 Julai 2024
Tips Karipap Kekal Rangup
Ahad, 7 Julai 2024
Tips Kurangkan Pedas dalam masakan
7 Tips Kurangkan Tahap Kepedasan dalam masakan.
1. GULA ATAU MADU
Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.
2. LEMON, CUKA, ASAM JAWA
Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk.
3. KENTANG
Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan.
4. BAWANG BESAR
Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga.
5. TOMATO
Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya.
6. LEBIHKAN SAYUR
Untuk makanan berkuah seperti tom yam lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini.
7. CARA PILIH CILI
Memilih cili juga membantu untuk mengurangkan rasa pedas. Pilih cili kering berbentuk lurus dan berkilat dan bukannya jenis kerinting.
Boleh try salah satu ye, Kak selalu guna tomato untuk kurang kan pedasπ
Sabtu, 1 Jun 2024
Kuih Badak Berendam
Kuih badak ni perlu ke masukkan badak?!
Ia adalah satu simbolik. Kehidupan orang Melayu zaman dahulu adalah sangat berkait rapat dengan alam. Nama-nama anak pun di ambil dari alam persekitaran, termasuklah nama kuih.
Badak ni sejenis binatang yang suka berendam. Kuih ni pun berendam juga, berendam dalam kuah santan pekat, lemak dan manis.
Enak?! Iya.. sangat enak.
Resepi Kuih Badak Berendam
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan inti kelapa
3 cawan kelapa parut putih - pilih kelapa yang agak muda.
2 sudu makan gula
1/2 cawan gula merah
1/2 sudu kecil garam
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan disimpul
1 cawan air
3 sudu besar tepung gandum.
Cara-cara buat inti kelapa
1. Di dalam periuk, satukan air, gula merah, gula, garam, bunga cengkih dan daun pandan.
2. Bila gula merah sudah larut, masukkan kelapa parut. Kacau sehingga hampir kering
3. Bila dah hampir kering, taburkan tepung gandum. Kacau lagi sehingga kering
4. Tutup api dan sejukkan.
Bahan-bahan Badak
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung beras pulut
3/4 cawan air daun pandan - 5 helai daun pandan dikisar bersama 3/4 cawan air.
2 sudu besar air kapur sederhana keruh.
Bahan-bahan Kuah Badak Berendam
200 ml santan kotak
4 cawan air
1/2 cawan gula - boleh tambah atau kurangkan secukup manis ikut selera
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung beras dibancuh dengan satu cawan air - untuk memekatkan kuah
Daun pandan disimpul
Jom kita ke dapur. Jommm
Rabu, 29 Mei 2024
Tips Rumah Bersih setiap Hari
Selasa, 28 Mei 2024
Bubur Caca Tepung Beras Versi Kelantan
Bubur Caca yang warna-warni macam cendul tu ke?! Jawapannya bukan. Bukan caca yang macam cendul tu ya. Mungkin kita boleh cuba buat bubur caca seperti zaman mak ayah tahun 90-an, 80-an ke bawah.
Versi ni salah satu versi bubur caca negeri Kelantan. Semasa emak Mak Hencik buat bubur ni, Mak Hencik tak peduli sangat. Tau-tau cedok dari periuk masukkan dalam mangkuk dan makan.
Mungkin orang lain ada resepi yang lain. Ini pula tambahan resepi dari orang tua kita. Resepi bubur caca zaman dulu-dulu.
Jom cuba!
Bubur Caca yang mudah dan sedap
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan caca
1 3/4 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air panas mendidih
2 sudu makan air kapur sederhana keruh
Air untuk merebus caca
Daun pandan disimpul
Bahan-bahan bubur Caca
Caca yang kita buat tadi
4 cawan santan
2 keping manisan kerek saiz kecik
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara membuat caca
Masukkan adunan tepung dalam acuan.
Gini rupa dia yang jatuh dalam air tengahari mendidih.
Bila caca dah timbul maksudnya ia telah masak.
Dah siap .. bolehlah dimakan.
Isnin, 27 Mei 2024
Masak Kari Kepala Ikan
Tak pandai masak kari?! Kari ikan? kari daging? Kari seafood? Ni pulak cara nak masak kari kepala ikan.
Mari kita masak Kari Kepala Ikan. Cara yang mudah, sesuai untuk kita-kita yang baru nak belajar memasak kari.
Kari Kepala Ikan Mudah dan ringkas
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 keping kepala ikan - apa-apa jenis yang digemari seperti ikan merah, jenahak dll
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
*Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk
3 sudu makan rempah kari ikan - dibancuh dengan setengah cawan air
1/2 sudu kecil asam jawa
2 cawan santan
1 tangkai daun Kari
2 biji lada besar hijau
1 biji terung, jika suka.
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan perasan: garam, gula dan serbuk perasa ayam
Jom.. jom masak kari sekarang..
Bahan-bahan tumis yang perlu ditumbuk atau dikisar.