Sabtu, 9 Jun 2018

Biskut Nestum Rangup

Rangup! Aroma wangi nestum menggiurkan anak tekak.. ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


Lepas sahur tadi Maryam dan Faruq tidak tidur sebab nak menolong membuat biskut raya. Adoiii buruklah nanti rupa biskut raya ku tu.. huhu


RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250g mentega
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum - sukat dulu, kemudian kisar

Hiasan - terpulang kepada empunya diri masing-masing

1 ketul kiub coklat perisa strawberi
Putih telur + setitis pewarna kuning

Cara-cara membuatnya.

Jommmm kita bakar-membakar hari ni..  ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


Mentega, nestum, gula kastor, kuning telur, tepung gandum dan tepung jagung.


Nestum dikisar sedikit


Nestum yang telah dikisar


Langkah 1
Dalam bekas yang sesuai, masukkan mentega dan gula. Putar sehingga rata.

Masukkan kuning telur dan esen vanila, putar lagi.


Langkah 2
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang diayak. Kacau guna sudip kayu.


Masukkan pula nestum yang telah dikisar. Boleh gaul dengan tangan.


Adun sehingga membentuk doh yang lembut dan boleh dibentuk.


Langkah 3
Canai doh mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Anak-anak buat dalam 0.5cm.


Hambikkk ko! Dua otang buat, dua corak. Kah3.

Buat sampai habis. Kemudian sapu putih telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning supaya kelihatan menawan. Hihihi


Langkah 4
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit, suhu 170°C. Bakar biskut selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Sesudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Langkah 5
Cairkan seketul kiub coklat perisa yang digemari menggunakan kaedah double boiler dan masukkan ke dalam piping bag.

Mak Hencik guna bungkusan plastik jer. Haha


Langkah 6
Rapatkan biskut nestum tadi supaya memudahkan kita nak paipkan coklat kat atasnya.

Coklat cair tu tunggu sejuk sikit. Kalau sejuk banyak mengeras balik asal pula dia. Huhu


Paipkanlah plastik coklat tadi semenarik yang mungkin. Kah3

Okey.. dah siap dah. Tunggu sat supaya coklat tu beku, barulah kita simpankan dia di dalam bekas kedap udara.

๐ŸŒผTerima kasih ya Allah
๐ŸŒผKau Maha Pemberi Rezeki

Jumaat, 8 Jun 2018

Biskut Arab Tiga Bahan

Sudah melewati 20 hari Ramadhan.. berlumba-lumbalah orang membuat biskut raya.. lerrr.. ingatkan nak rebutkan lailatul qadr! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†Aku cakap kat diri sendiri ya..

Hari ni last day sekolah. Esok dah cuti sekolah dah. Meriahlah raya tahun ni sebab beraya dalam cuti sekolah. Ya tak? Setuju tak? Hurmmm.. setujukan ajerr.


RESEPI BISKUT ARAB DULU-DULU
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

1 cawan minyak sapi - dicairkan
3/4 cawan gula halus
3 3/4 cawan tepung gandum.

Untuk hiasan jika suka
1 biji putih telur - dicampur dengan satu titis pewarna kuning
Manik bentuk bintang


Ini sahaja bahan-bahannya seperti minyak sapi, gula halus dan tepung gandum.


Langkah 1
Cairkan dulu minyak sapi di atas dapur.


Langkah 2
Dalam mangkuk adunan, masukkan  2 cawan tepung gandum dan semua gula halus. Kacau rata menggunakan senduk kayu.

Tuang minyak sapi yang masih panas lagi ke dalam mangkuk tepung dan gula tadi. Gaul sehingga rata menggunakan sudip kayu.


Langkah 3
Adunan tadi masih cair, jadi kita masukkan lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

Jangan terlebih tepung ya.. bimbang nanti tidak boleh digentel dan akan berderai.

Jangan kurang tepung juga. Kalau kurang tepung, dia akan mencair bila dibakar.


Langkah 4
Cubit sedikit tepung dan bulat-bulatkan kemudian penyek sedikit atasnya. Sapu putih telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning di atasnya dan letak hiasan yang disukai.

Hangpa bohlah hiasan apa yang hangpa suka ya..

Tapi saya tak beli hiasan bagai.. macammana?

Hahhh! Kalau tak ada, takyah letaklah Bedah oii...


Langkah 5
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 10 minit.

Bakar selama 170°C, 18 minit atau ikut oven masing-masing.


Langkah 6
Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan je dalam balang yang sesuai.


Duduklah awak-awak semua kat rumah baru awak tu ya. Selamat berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dan sebangsa. Kelak kamu akan berpisah selama-lamanya..

Selamat membuat biskut raya,
Selamat hari raya..

Isnin, 4 Jun 2018

Pizza Homemade

Hari ke 17 Ramadhan semalam. Anak-anak minta makanan selain nasi lagi.

Sebelum ni makan burger ayam, spagetti aglio olio, lebihan spagetti tu buat goreng mamak pula.. Lepas tu oblong daging dengan fun fries.


Hari ni kita cuba buat pizza ๐Ÿ• ๐Ÿ•๐Ÿ• pula. Kita buat pizza ayam dan juga peperoni. Nak kurang cheese boleh, nak lebih cheese pun boleh. Ikut suka kita sebab kita yang buatnya sendiri. Kahkahkah


PIZZA HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan roti
(menghasilkan 2 keping roti)

4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak jagung
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar yis
1 sudu kecil bread softener
1 1/4 cawan air

Bahan-bahan toping

1 tin prego traditional sauce
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 cawan isi ayam - dipotong kecil
Peperoni ayam secukupnya
Capsicum - dipotong kecil ( ku tak letak)
Nenas dalam tin secukupnya ( ku tak letak juga huhu)
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.............!



Langkah 1
Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, minyak jagung, garam, gula, baking powder, bread softener dan yis. Gaul rata.

Buat lubang di tengah dan masukkan air. Uli sehingga menjadi doh.


Langkah 2
Rehatkan doh dengan menutupnya dengan kain yang sesuai. Er er kain batik sarung sesuai tak? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Langkah 3
Dalam 1-2 jam, adunan dah naik tu bolehlah dikeluarkan angin. Nak tumbuk-tumbuk manja ke.. tumbuk garang ke..
terpulang..


Langkah 4
Bahagikan kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan. Guna torak nak senang citer. Biar dia jadi bulat dan muatkan dalam acuan yang telah disapu mentega atau minyak masak.

Cucuk sikit di atasnya guna garpu. Bakar dalam oven 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 5
Sudah masak, keluarkan dan sejukkan sedikit sebelum kita letak toppingnya.

Antara bahan-bahan toping


Sos prego tradisional


Mozarella cheese yang diparut


Isi ayam dipotong dadu kecil dan digaul dengan sedikit garam, serbuk lada sulah dan garam.


Goreng isi ayam dengan sedikit mentega atau minyak. Bila dah masak, angkat.


Sos prego tradisional, isi ayam goreng dan cendawan butang yang dihiris.


Peperoni ayam, jika suka.

Cara-cara menyediakannya..


Langkah 1
Ambil sekeping roti pizza, sapukan dengan 3 sudu besar atau secukupnya sos prego.


Langkah 2
Taburkan ayam tadi atau peperoni ayam, atau letak ayam dan pepperoni sekali gus pun boleh, cendawan, nenas kalau ada dan capsicum jika ada. Akhir sekali taburkan mozarella cheese. Kalau nak bagi effect tarik tu, letakla banyak-banyak.


Langkah 3
Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 4
Sudah masak, keluarkan dari oven. Masing-masing boleh ambil pinggan masing-masing sekarang. Sedia untuk dinikmati..

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..

Ahad, 3 Jun 2018

Biskut Bear Koko Krunch Comel

Mudah, comel, menarik perhatian dan sudah semestinya rangup!

Pagi ni bersama anak-anak, kita bersama-sama menguli adunan, menggetel bulat kepingan coklat dan menghiasnya sambil bersembang. Mujurla korang kecil lagi. Kecil-kecil ni belum pandai membawang.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


RESEPI BISKUT BEAR COCO CRUNCH
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : via fb

Bahan-bahan

250g butter
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar susu tepung
3 3/4 cawan tepung gandum (400g)
3/4 cawan gula kastor (110g)

Jom masuk dapur.. jommmmm..

Cara-cara membuatnya


Langkah 1
Di dalam mangkuk adunan, putar mentega, kuning telur dan gula halus sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang setaman ya.

Langkah 2
Masukkan esen vanilla, susu tepung dan tepung jagung. Putar lagi.

Langkah 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit menggunakan sudip kayu. Kalau dah rasa lenguh tangan tu, bolehlah guna jari-jemari kita yang runcing seperti.. er.. er.. seperti apa ya..? Ha ha ha

Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh digentel.


Langkah 4
Nak bagi cepat dan hampir sama saiz, kita bulat-bulatkan dulu doh tersebut, besar sikit dari guli.


Langkah 5
Bulatkan coklat keping ni supaya senang dimasukkan ke dalam doh.

Haaa anak-anak.. tolongla.. hi hi hi


Sediakan CoCo crunch

Langkah 6
Ambil sebiji doh bulat, masukkan coklat yang dibulatkan tadi dan tutup semula. Gentel lagi supaya bentuk bulatnya cantik dan kemas.
Buat sampai habis.


Langkah 7
Kemudian hiaslah menggunakan koko krunch sebagai telinga, coklat rice sebagai mata dan coklat chip sebagai mulut.

Buatlah sampai habis. Kalau rasa lenguh belakang berehatlah sekejap sambil main tepon.. pastu sambung balik tau.. kalau tak, tak siap nanti biskut raya kita ni..


Langkah 8
Panaskan oven dulu selama 10 minit suhu 170°C.

Bakar selama 18 minit pada suhu 170°C atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven dan  sejukkan seketika di atas redai sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Setelah diperhatikan.. setelah ditilik.. setelah dinilai.. didapati ada keseronokan membuat biskut ini.. hihihi

Sabtu, 2 Jun 2018

Biskut Kacang Peas

Senang buat, mudah habis!

Cara buat ikut macam buat biskut mazola jer. Cuma bahan tu, kita tukar dengan tepung kacang peas. Boleh dapat di kedai bakeri. Beri fulus, dapatlah sebungkus. Hehe..


Sambil Mak Hencik masak untuk berbuka puasa, anak ke empat yang berusia 9 tahun dilanda kebosanan. Jadi, minta dia buatkan biskut ni.


RESEPI BISKUT KACANG PEAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung kacang peas
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung
2 biji kuning telur (tak letak)

Cara-cara membuatnya

Jommmm....!


Gaul sebati tepung kacang peas, tepung gandum, gula icing dan secubit garam.

Buatkan lubang di tengah dan tuang minyak jagung. Kalau susah sangat nak cari minyak jagung, ambil jer la minyak masak kat dapur tu. Tapi janganla ambik minyak bekas goreng cekodok atau ayam goreng berempah pula ya!


Gaul sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibulat-bulatkan.


Mulakan buat bulat-bulat dan susun atas dulang yang telah disapu minyak.

Tengoklah hasil seni anak ni. Ada besar ada kecil. Pastu mula mengadu dah penat dah. Ada lagi separuh tak siap ni. Huhuhu



Putih telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning. Kacau sikit supaya sebati warnanya.


Sapu la atas biskut tadi guna berus jer.


Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit pada suhu 170°C.

Bakar 20 minit pada suhu 170°C atau ikut ragam oven masing-masing.


Inilah hasilnya.. kurang lebih 110 biji. Bolehlah sejukkan sekejap sebelum disimpan di dalam balang yang paling bergaya.. kikiki


Dapat penuh satu balang. Tapi balang yang ni tak berapa nak bergaya.. hahaha

Ikan di sungai jangan dituba,
Selamat mencuba..

Makan roti dengan kaya,
Selamat berjaya..

๐ŸŒผTerimakasihAllah
๐ŸŒผKauMahaPemberirezeki