Memaparkan catatan dengan label resepi roti dan pau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi roti dan pau. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2020

Capati

Sedap dimakan dengan kari kambing! Betul ke?


Ada yang suka makan dengan kari dhal, kari ayam, sambal tumis sardin, sambal bilis hatta dengan susu pekat sekali pun. Ikut suka laa. Terpulang pada cita rasa masing-masing..

Lain padang lain belalang.. Kita hormat minat dan kegemaran orang lain. Kita pun suka kan kalau orang lain hormati minat dan kegemaran kita..

Jom buat capati. Hari ni hari ke sepuluh Kawalan Pergerakan berikutan covid-19 di Malaysia. #StayAtHome



RESEPI CAPATI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung atta
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan air suam
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya.

Jom kita ke dapur.



Dalam sebuah bekas cantik, masukkan tepung atta, garam dan minyak sapi.  Gaul semua sekali sehingga menjadi seperti serbuk roti.



Buatkan lubang di tengahnya dan tuang secawan air.



Gaul dan uli sehingga sebati serta menjadi doh seperti di atas. ☝️☝️



Kemudian ambil kain, tutup bekas cantik yang mengandungi adunan tadi. Biarkan selama lebih kurang 30 ke 40 minit giteww.

Semasa menunggu ni, kita boleh buatkan kuah kari. Resepi kat bawah ya.



Selepas 30-40 minit berlalu, buka kain penutup tadi dan keluarkan adunan.

Bulat-bulatkan adunan sebesar bola ping pong



Ambil sebiji adunan bebola ping pong dan canaikan nipis menggunakan penorak.



Panaskan pan yang dilengser dengan sedikit minyak masak.

Masukkan capati dan tunggu sehingga ia menggelembung sedikit.



Bila sudah menggelembung, balikkan capati supaya ia masak sekata.



Apabila kedua belah sudah masak, bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam pinggan hidang.

Buatlah capati sampai habis dari canai kemudian bakar atas kuali..

Resepi Kuah Kari Ringkas giler
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji bawang putih - ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1 tangkai lada hijau - di potong serong
3 sudu besar serbuk kari
2 cawan air
1 ketul kentang - di potong dadu
1 sudu kecil serbuk Maggi cukup rasa
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

Jom teruskan.



1. Panaskan 3 sudu besar mintak masak.
2. Tumiskan bahan tumbuk beserta lada hijau yang dipotong serong sehingga layu.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau selalu sehingga ia kering.
4. Bila sudah kering, masukkan kentang yang dipotong dadu. Kacau seketika.
5. Masukkan air. Masukkan juga air asam Jawa.
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk Maggi secukup rasa. (Rahsia nak bagi rasa yang sedap hihihi)
7.Tunggu sehingga kuah mendidih dan pekat.
8. Apabila sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan.



Untuk sarapan hari ini, jom pekena capati dan kuah kari ringkas giler..

Sekarang ni kan musim perintah kawalan pergerakan, ayam tu ada tapi simpan untuk buat lauk. Huhuhu

Walau bagaimana pun kari kosong ni tetap sedap. Kari kambing? Hahahaha

Jom makan.

Bismillah..

Selasa, 17 Disember 2019

Roti Nan Cheese yang Sangat mudah Nak Buat

Mudah dibuat. Sedap dimakan!


Boleh buat sendiri sahaja di rumah dan boleh makan panas-panas juga macam kat kedai mamak. Rasa puas hati lak.

Dah buat nan cheese ni kita regukan pula dengan teh tarik atau teh tak tarik. HihihiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tapi makan sekeping pun dah kenyang. Serious kenyang. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹Seronok juga layan karenah anak-anak musim cuti sekolah ni. πŸ‘πŸ‘


ROTI NAN CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

🌷850g tepung gandum (Mak Hencik guna sebungkus tepung gandum cap Ros)
🌷4 sudu besar minyak masak
🌷1 sudu besar garam
🌷5 sudu besar gula
πŸŽ„2 cawan air suam
πŸŽ„2 sudu besar yis segera

Cheese keping secukupnya

Bahan bertanda πŸŽ„ disatukan dan kacau sedikit serta biarkan selama 30 minit sehingga berbuih dan kembang.

Bahan bertanda 🌷disatukan dan digaul hingga sebati menggunakan hujung jari.

Cara-cara membuatnya.

Moh ler kita ke dapur


🏡️Sediakan bancuhan yis dahulu.

🏡️Masukkan dua cawan air suam ke dalam bekas bersama 2 sudu besar yis segera.

🏡️Kacau sehingga sebati dan biarkan  30 minit atau sehingga yis berbuih dan kembang.


🏡️Dalam bekas yang sesuai, masukkan sepaket tepung gandum, 1 sudu besar garam, lima sudu besar gula dan 4 sudu besar minyak masak. Kacau guna hujung jari. Lepas tu buatkan lubang di tengah tepung.

🏡️Kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih kembang ke bahagian tengah lubang tadi.


🏡️Gaul dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.


🏡️Tutup adunan dengan kain.


🏡️Biarkan doh menjadi kembang sekali ganda. Mak Hencik tunggu dalam 30 minit sahaja sebab budak-budak ni sibuk dok tanya bila nak siap.. Bila nak siap.. Hehehe


🏡️Sediakan cheese keping secukupnya.


🏡️Doh yang sudah kembang tadi ditumbuk sedikit untuk mengeluarkan angin.

🏡️Lepas tu bulatkan sebesar bola apa yea. Kalu bola ping pong kecil sangat. Bola tennis besar sangat lak. Agak-agak 2 biji bola ping pong boleh tak? Hehehe πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

🏡️Ambil sebiji bola tu dan masukkan cheese kat dalamnya. Kemudian rapatkan semula dan bentukkan bulat. Lepas tu gelek atau nipiskan guna torak. Nak nipis, nak tebal ikut suka tuan-tuan dan puan-puan yang buat.


🏡️Lepas tu panaskan kuali yang disapu dengan minyak dan masukkan cheese nan tadi. Tutup kuali.


🏡️Bila dah keperangan, balikkan.


🏡️Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.


🏡️Buatlah sampai habis. 😁😁😁


🏡️Masa untuk makan...

🏡️Hari ini roti nan cheese kita cicah kuah kari ayam.

🏡️Jom layan roti nan kawan-kawan.

🏡️Bismillah..

Isnin, 7 Oktober 2019

Pau Ayam Kentang Gebu

Gebu.. Gebu.. Gebu.. Menikmati pau  yang gebu adalah satu kepuasan.. !


Pau ayam ke.. Pau daging ke.. Kari, rendang, blackpepper adalah kegemaran ramai orang. Begitu jugalah keluarga Mak Hencik. Suka jugalah makan pau.

Kalau buat sekali mesti ada  lah lebihannya. Jadi kita simpan pula dalam peti sejuk.  Kita sejuk- bekukan. Nanti bila kita nak makan,kita masukkan sahaja ke dalam pengukus dan kukus semula dalam 5-10 minit. Selepas itu bolehlah kita menikmati pau hot-hot.



PAU AYAM KARI
Oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 24 biji pau saiz besar)

Bahan-bahan Pau

5 cawan tepung gandum
2 sudu besar shortening
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar cuka

Larutan Yis
2 sudu besar yis segera
2 sudu besar gula
1 1/4 cawan air suam
Semua bahan di atas dicampur dan dikacau kemudian dibiarkan sehingga kembang.

Bahan-bahan Inti Ayam Kentang Perisa Kari

5 biji ubi kentang saiz besar, dipotong dadu
2 biji bawang putih, dicincang
1 biji bawang merah besar, dicincang
5 sudu besar serbuk kari ayam
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
7 sudu besar gula atau secukup rasa
6 batang daun sup, dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara membuatnya


Moh ler kita ke dapur..

Mula-mula sekali kita sediakan inti pau dahulu. Hari ini kita buat inti ayam kentang perisa kari.



1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.

2. Masukkan kentang dan secawan air. Gaul sehingga rata.

3. Masukkan garam, gula dan kiub ayam. Gaul lagi sehingga rata.

4. Bila sudah hampir kering, masukkan daun sup dan gaul lagi sehingga rata.

5. Bila sudah kering elok, bolehlah tutup api. Sejukkan.

Tips: kalau nak cepat kering, masukkan sedikit tepung gandum.


Cara Buat Pau

Marila kita menguli.. Jom! 


Mak Hencik guna bahan di atas. Pau akan berwarna putih sedikit berbanding jika guna minyak. Tapi putih tu tidak lah seputih yang dijual di kedai. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Langkah 1
Di dalam bekas yang sesuai, campurkan 1 1/4 cawan air, 2 sudu besar gula dan 2 sudu besar yis. Biarkan ia kembang dan berbuih. Ia akan mengambil masa 15-30 minit, terpulang kepada keaktifan yis.



Langkah 2
Di dalam bekas yang sesuai, masukkan  semua bahan pau kecuali cuka. Gaul sehingga rata guna jari. 




Langkah 3
Kemudian buatkan lubang di tengah ya dan tuang larutan yis. Masukkan cuka. Gaul dan ulilah sehingga rata dan adunan tidak melekat di tangan. 



Langkah 4
Tutup bekas yang mengandungi adunan pau tadi dengan kain yang sesuai. Biarkan ia kembang. Mungkin ambil masa paling cepat 30 minit.



Langkah 5
Bila adunan pau sudah kembang, buka kain penutup dan tumbukkan adunan biar dia keluar angin.



Langkah 6
Bentukkan bulat sebesar bola ping pong. Kalau rajin timang supaya dapat saiz yang sama.



Ambil sebiji adunan dan isikan dengan inti.



Tutup semula dengan kemas.



Alas bawah pau dengan kertas baking  yang dipotong kecil. Susun di dalam dulang.



Buat sampai habis.. Dan tunggu sehingga pau kembang sekali ganda sebelum kita kukus dia..



Langkah 7
Bila pau sudah kembang sekali ganda, masukkan ke dalam dulang. Susun biar ada jarak kerana pau akan mengembang lagi apabila dikukus.

Langkah 8
Masukkan ke dalam pengukus dan tutup pengukus dengan tudung yang dibalut dengan kain supaya air tidak menitis jatuh ke atas pau. Timer 15 minit sahaja.

Kalau nak frozen, Kukus 10 minit sahaja.



Langkah 9
Bila sudah masak, keluarkan dari pengukus. Tengoklah. Pau sudah mengembang dan bercantum sesama sendiri.



Sedia untuk dinikmati..

Jemput makan semua..

Bismillah..