Makan satu nak lagi. Makan sebalang nak lagi sebalang!
Kuih siput ni mempunyai peminat tersendiri, iaitu kaki suka mengunyah. Jadi, sangat sesuaila dibuat mengunyah semasa tengok tv, semasa bersembang bersama keluarga dan termasuklah juga dihidangkan semasa perayaan.
Sumber resepi: Suisan Aliezsha via FB
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1/2 cawan gula
1 sudu kecik garam
1 sudu besar serbuk perasa maggi
1 biji telur
1 1/2 cawan santan - kalau tak cukup tambah air sikit-sikit
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar jintan manis - ditumbuk halus
1 sudu besar jintan putih - ditumbuk halus
Sedikit daun kari dihiris halus, jika suka
Daun kari secukupnya untuk menggoreng
Minyak masak secukupnya
Cara-cara menyediakannya.
Jom..
🎁Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum, marjerin, telur, serbuk kari, gula, garam, serbuk perasa Maggi, jintan putih dan jintan manis yang ditumbuk serta air
🎁Gaul sehingga rata. Jika santan tidak mencukupi, tambahlah air sedikit demi sedikit.
🎁Uli sehingga membentuk adunan yang tidak melekat di tangan.
🎁Tabur dulang dengan sedikit tepung gandum supaya kuih siput tidak melekat di bekas.
🎁Mulakan membentuk kuih siput. Time ni, ya Allah.. rasa macam bercinta😂😂😂
🎁Tapi jangan lupa, selepas habis satu lapisan kuih siput, tabur dengan sedikit tepung gandum.
🎁Panaskan minyak yang banyak, masukkan kuih siput dan sedikit daun kari.
🎁Kacau sekali-sekala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan