Rasa manis isi ikan kerapu segar.. Sambalnya pedas-pedas manis. Oh Enaknya!
Ikan kerapu ni adalah antara kegemaran Pak Hencik. Kalau ke pasar atau pasar raya, selain dari ikan kerapu dia akan beli ikan siakap atau tongkol atau ikan cencaru. Ikan jenis lain dia tak pandai beli. 😁😁😁
Biasa kita masak stim, tapi hari ni kita masak sambal sahaja sebab nak diregukan dengan sayur lemak daun cekur manis.
IKAN KERAPU MASAK SAMBAL
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2 ekor ikan kerapu, disiang dan dibasuh bersih disapu garam dan kunyit
3 ulas bawang putih, dikisar
1/2 biji bawang merah, dikisar
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 biji lada hijau, dipotong serong
1/2 biji bawang besar, dihiris
1/2 biji tomato saiz besar, dipotong wedges
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Minyak untuk menggoreng
Daun sup, dihiris untuk hiasan
Cara-cara menyediakannya
Marila kita ke dapur.. Jommm..
Sepasang ikan suami-isteri, disiang dan dibasuh bersih.
Lumurkan garam dan kunyit.
Panaskan minyak. Goreng sehingga masak.
Apabila masak, angkat dan toskan minyak. Terus letakkan ikan dalam pinggan hidang.
Sementara itu, sediakan bahan untuk masak sambal tumis.
Bawang putih, bawang merah dan cili kering dikisar halus.
Hiris bawang besar Holland, lada hijau dipotong serong dan tomato dipotong wedges.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
Bila sudah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Masukkan juga sos cili dan sos tiram. Kacau dan biarkan ia memekat.
Bila sudah hampir pekat, masukkan bawang besar Holland, tomato dan lada hijau.
Biarkan ia mendidih, pekat dan sedap. Hehehe
Lepas sambal dah masak, terus curah ke atas pasangan ikan yang sedang beristirehat di dalam pinggan. Taburkan dengan hirisan daun sup.
Siap untuk dinikmati..
Untuk hidangan kita hari ini.. Untuk sepasang suami-isteri jugak.. Anak-anak ada program di sekolah masing-masing.
Jemput makan kawan-kawan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan