Isnin, 27 Mei 2024

Masak Kari Kepala Ikan

Tak pandai masak kari?! Kari ikan? kari daging? Kari seafood? Ni pulak cara nak masak kari kepala ikan. 

Mari kita masak Kari Kepala Ikan. Cara yang mudah, sesuai untuk kita-kita yang baru nak belajar memasak kari.


Kari Kepala Ikan Mudah dan ringkas

Oleh Dapur Cempakasari 


Bahan-bahan 

1 keping kepala ikan - apa-apa jenis yang digemari seperti ikan merah, jenahak dll

7 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih

2 hiris halia

*Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk 

3 sudu makan rempah kari ikan - dibancuh dengan setengah cawan air

1/2 sudu kecil asam jawa

2 cawan santan

1 tangkai daun Kari

2 biji lada besar hijau

1 biji terung, jika suka. 

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan perasan: garam, gula dan serbuk perasa ayam


Jom.. jom masak kari sekarang..

Bahan-bahan tumis yang perlu ditumbuk atau dikisar.


Langkah 1

Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk/kisar tadi.


Masukkan 1 sudu besar cili kering kisar. Jika tiada, tak payah bubuh. Cili kisar ni menambahkan warna yang lebih menarik pada kuah kari nanti.

Kacau sehingga masak dan naik bau.


Langkah 2

Masukkan serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga rata dan naik minyak.


Langkah 3

Masukkan santan. Masukkan juga lada besar hijau, buah terung yang dipotong (jika suka. Boleh ganti dengan bendi juga jika suka) dan bahan-bahan perasa. Jangan lupa, masukkan juga asam jawa. Daun kari pun masukkan juga.

Biarkan kuah mereneh.


Langkah 4

Bila kuah dah mereneh, masukkan ikan.


Biar ikan dan terung masak sempurna sambil dikacau sekali-sekala.


Biarkan mendidih lagi buat seketika sambil dikacau sekali sekala.


Langkah 5

Bila ikan dah masak, terung dah masak, Bolehlah tutup api. Terung tu dah masak bila warna ungu kulit dia tu dah bertukar pucat warnanya.


Langkah 6

Bolehlah dihidangkan.

Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan