Selasa, 28 Mei 2024

Bubur Caca Tepung Beras Versi Kelantan

Bubur Caca yang warna-warni macam cendul tu ke?! Jawapannya bukan. Bukan caca yang macam cendul tu ya. Mungkin kita boleh cuba buat bubur caca seperti zaman mak ayah tahun 90-an,  80-an ke bawah.


Versi ni salah satu versi bubur caca negeri Kelantan. Semasa emak Mak Hencik buat bubur ni, Mak Hencik tak peduli sangat. Tau-tau cedok dari periuk masukkan dalam mangkuk dan makan.

Mungkin orang lain ada resepi yang lain. Ini pula tambahan resepi dari orang tua kita. Resepi bubur caca zaman dulu-dulu.

Jom cuba!


Bubur Caca yang mudah dan sedap

Oleh Dapur Cempakasari 


Bahan-bahan caca

1 3/4 cawan tepung beras

1/3 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air panas mendidih

2 sudu makan air kapur sederhana keruh

Air untuk merebus caca

Daun pandan disimpul


Bahan-bahan bubur Caca

Caca yang kita buat tadi

4 cawan santan

2 keping manisan kerek saiz kecik

2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara membuat caca


Satukan tepung beras, tepung gandum, air kapur dan air panas mendidih.


Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Ketepikan.


Sediakan air untuk merebus caca. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.


Masukkan adunan tepung dalam acuan. 


Acuan ni buat sendiri jer.. ambik bekas biskut yang tak diguna, tebuk lubang ikut saiz yang diingini.


Tekan adunan dalam acuan sehingga keluar dan jatuh ke dalam air mendidih


Gini la prosesnya


Gini rupa dia yang jatuh dalam air tengahari mendidih.


Bila caca dah timbul maksudnya ia telah masak.


Ambik caca.


Masukkan dalam bekas yang mengandungi air. 

Ulangi proses menekan acuan caca, tunggu hingga timbul baharu diangkat dan dimasukkan ke dalam air. Buat sampai habis.

Seterusnya kita buat bubur caca pula.


Dalam periuk, masukkan santan, gula, gula merah dan simpulan daun pandan.

Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih.


Bila dah mendidih, masukkan caca yang ditoskan terlebih dahulu.


Kacau lagi sekali-sekala sehingga masak. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan.


Dah siap .. bolehlah dimakan.

Jom kawan-kawan.. Bismillah 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan