Inilah suro@sugho, versi negeri Kelantan yang unik.
Orang lain buat bubur Assyura, dia pun nak buat juga. Orang lain panggil bubur Assyura, dia panggil suro sahaja..
๐๐๐
Suro ni adalah singkatan nama asyura dalam dialek Kelantan. Ia lembut macam kuih talam, rasanya pun manis dan ada rasa rempah. Ada juga yang dimakan semasa masih cair. Suro yang pejal pula lebih tahan lama, dapat bertahan sehingga tiga hari ke seminggu.
Ada 2 versi nak masak suro ni. Versi satu, kita lebur segala dlbagai dalam kuali atau kawah. Versi kedua pula kena tumis bahan kisar sehingga garing, kemudian toskan minyak dan campurkan ke dalam kuali atau kawah.
Kali ni, Mak Hencik pilih versi satu. Tak kisahlah nak pilih versi yang mana pun, asalkan kita redha dan bahagia dengan pilihan kita..๐๐๐
Pernah makan suro?
RESEPI SURO @ SUGHO KELANTAN
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras
1 cawan kacang hijau
2 ketul ubi keledek - dikupas kulit dan dipotong dadu saiz kecil ( Mak Hencik tak letak sebab takde stok)
1 tin jagung mnis
1 cawan rempah suro, dibancuh dengan sedikit air (kalau nak rasa rempah yang kuat, tambah rempahnya 1/2 cawan lagi)
๐7 ulas bawang merah
๐1 ulas bawang putih
๐5 hiris halia
๐5 hiris lengkuas
๐2 batang serai - dipotong kasar
Bahan bertanda ๐ dikisar halus
5 liter air, tambah2 nanti ikut keperluan
1 keping (kerek) manisan kelantan saiz besar
3 sudu kecil garam halus (sudu metrik), boleh tambah kalau tak cukup rasa masin
2 1/2 cawan gula pasir - manis juga, boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis
1/2 kg daging - direbus dan disiat (Mak Hencik gantikan dengan serunding daging)
2 sudu besar (menimbun) kerisik
1/2 kg santan
❤️❤️❤️Boleh campur macam-macam dalam suro ni, contohnya labu pun boleh letak.
Cara-cara menyediakannya.
Jom jom kita ke dapur, buat persediaan bahan.
Cara-cara membuatnya
๐ถ๐ตKacau sehingga adunan pekat Dan likat.
๐ถ๐ตBila dah pekat dan likat macam kat atas tu, hasilnya masih lagi lembik bila disejukkan. Jadi teruskan mengacau dalam 30 minit lagi, baharulah boleh tutup api.
๐ถ๐ต Mestilah dikacau selalu supaya bawahnya tidak berkerak dan hangus.
๐ถ๐ตTapi kalau korank suka suro yang lembik, kelikatan macam kat atas tu dah boleh tutup api dah.
๐ถ๐ต Sediakan bekas untuk masukkan suro. Alas dengan daun pisang untuk dapatkan aromanya. Mak Hencik guna loyang 10"X10". Dapat 2 loyang.
๐ถ๐ต Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.
๐ถ๐ตSatu lagi kalau suka, tabur kat atas suro tu beras goreng tanpa minyak yang dikisar halus.
๐ถ๐ตJom rasa.. Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan