Marble jelita.. Sesedap namamu yang indah. Dengan bahan yang serba sederhana ni, boleh menghasilkan sebiji kek yang mengenyangkan.
Kalau muak dengan lelehan coklat dan lelehan cheese, inilah pilihan kek yang boleh dicuba. Kek marble ni adalah pilihan untuk golongan dewasa. Rasa lemak dan manis bersulam rasa sedap menambat selera. Dijamu pula dengan teh atau teh bujang, terasa nikmat syukur tak terkira.
.
Gunakan sahaja bahan-bahan asas yang ada di rumah kita. Tepung gandum, telur, gula susu segar, ovallete dan esen vanila. Selepas sejam, terhasillah kek marble jelita ini. Kalau nak lebih jelita, korang make up kan dia cantik-cantik ya. Hihihi.
RESEPI KEK MARBLE JELITA
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB Azlina Ina
Bahan-bahan
6 biji telur (Mak hencik bubuh 5 biji jer, nak jimat la katakan)
1 sudu besar ovallette
1 cawan gula halus (boleh kurangkan sikit jika suka kurang manis)
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu segar
150 gm mentega - dicairkan
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder - diayak (Mak Hencik guna tepung naik sendiri)
1 sudu kecil vanilla
Cara-cara membuatnya,
Jom..Jom.. Jom kita ke dapur.
Gris acuan dengan mentega atau minyak, alas dengan baking paper. Ketepikan.
Cairkan 150gm mentega. Ketepikan.
Dalam. bekas miver, campurkan semua bahan kecuali mentega cair. Mix volume perlahan 2-3 saat baru buat high speed sampai gebu.
Mix sampai gebu ya.
Bila sudah gebu, berhentikan mixer. Masukkan mentega yang dicairkan tadi.
Kacau rata.
Masa ni kita dah boleh panaskan oven pada suhu 180 C selama 10 minit.
Cedok 2 ke 3 sudu besar adunan kek dan warnakan. Ini untuk buat corak kat atasnya nanti.
Selebihnya tuang adunan kek ke dalam loyang yang sudah siap dialas tadi. Lepas tu titikkan dengan adunan berwarna di atasnya.
Kita corakkanlah kek kita tadi menjadi sejelita kita jugak ya, dan mestilah mengikut kreativiti kita yang berseni tahap universe. Hahaha
Masukkan ke dalam oven. dan bakar pada suhu 170 C selama 40 minit atau korang ikutlan oven orang kerana hanya jauhari sahajalah yang mengenal manikam. Hihihi
Mengintai di tepi jendela oven.. wanginya bau..Menerawang ke serata bandar ni agaknya. Adoiiilaa!
Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan di atas redai.
Bila dah sejuk sikit, bolehlah dipotong dengan kemas dan rapi.
Sedia untuk dimakan.
Jom kawan-kawan kita minum petang.
Bismillah..
salam
BalasPadamblh share ...ukuran loyang yg di gunakan dlm resepini?
blh guna loyang size 6 × 6? terima ksh
Wassalam. Saiz loyang yang digunakan 4X8
PadamBoleh guna 6X6 dik kalau suka tebal😊