Ahad, 29 Disember 2019

Resepi Lamb Chop Homemade yang Simple

Lama tak makan lamb chop. Jom ler buat sendiri. Dengarnya kalau buat sendiri lagi sedap. Betoi ka?




Betoi ka.. Tak betoi ka.. Tak dak sapo yang kesah aihhh.. 

Kalau kita tak masak apa-apa tu yang depa dok kesah. Depa tu bukannya orang lain, anak-anak dan laki kita laaa..

Depa kesah kalu kita tak masak. Pasai tak dok benda depa nak makan.
😝😝😝

Jadi, maila kita masak. Bukan kita reti masak Western pun tak pa aihhh. Kita cuba try nooo.. Depa bukan kesah reti ka tidak. Depa tak kesah sedap ka tidak. Sebab depa kesah tang nak makan apa.. 😝😝😝




RESEPI LAMB CHOP HOMEMADE YANG MUDAH DAN SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan A: Kambing Bakar

5 keping daging kambing

☂️1/2 cawan sos lada hitam
☂️1 sudu kecil serbuk lada hitam
☂️1 sudu kecil serbuk lada sulah
☂️1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
☂️3 sudu besar kicap manis
☂️1 sudu kecil rempah Inggeris - Mak Hencik guna serbuk parsley

Sedikit mentega dan olive oil digunakan semasa memanggang

Bahan bertandang ☂️ dicampur dan digaul sebati. Sapu pada kepingan daging kambing dan perap

Bahan B: Brown Sauce

1 biji bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dicincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1/3 cawan demi glaze - dicampurkan dengan sedikit air suam dan kacau sehingga larut
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar (kalau tak suka rasa lada hitam yang strong, bubuh dulu 1 sudu kecil, adjust ikut citarasa)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula


Bahan B :  Salad

1/4 biji kobis - dihiris halus
1 batang karot - disagat
1 biji epal merah - dikupas kulit dan dipotong dadu.
1 biji buah lai - dikupas kulit dan dipotong dadu
5 sudu besar mayonnaise atau secukupnya
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar jus lemon

(semua bahan tu Mak Hencik anggarkan sahaja)

Bahan C: Jejari Kentang Goreng

1/2 kg Jejari kentang
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya.

Marilah kita ke dapur..

Mula-mula kita sediakan kambing dulu.



♨️Kepingan kambing dibasuh bersih dan ditoskan.



♨️Sediakan bahan perapan untuk kambing.

♨️Satukan sos lada hitam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan kicap manis.

♨️Masukkan juga serbuk parsley. Gaul rata.



♨️Ambil sekeping daging kambing dan celup serta lumurkan pada daging kambing.



♨️Perap sebentar. Kalau nak sedap, peraplah lama-lama sikit.. Semalaman ke..



♨️Panaskan kuali leper. Kalau ada kuali ajaib, bolehlah guna. Kalau takde, guna kuali biasa yang tak ajaib pun tak pa..

♨️Bubuh sikit mentega. Pastu masukkan daging kambing perap tadi.

♨️Renjis sikit atasnya ngan olive oil. Tunggu hingga daging keperangan.



♨️Bila daging kambing sudah keperangan, balikkan supaya masak sekata.

♨️Renjis juga dengan sedikit olive oil.



♨️Dah masak, angkat dan boh dalam pinggan. 

♨️Pangganglah sampai habis. 👌👌

🎯Jom buat salad pula. 

🎯Sebenarnya buat salad ni kita boleh buatkan in between semasa kita memanggang daging tu. Jadi jimatlah masa kita. 


🎯Kobis dihiris halus. Karot disagat. Basuh bersih dan toskan air. Masukkan ke dalam bekas.

🎯Epal dan buah lai dikupas kulit kemudian dipotong dadu.

🎯Campurkan ke dalam bekas kobis dan karot tadi.



🎯Masukkan mayonnaise, susu pekat manis dan jus lemon.

🎯Jangan lupa masukkan sedikit garam ya. Lepas tu gaul sebati.



🎯Dah sempurna rasa salad campuran kita ni, masukkan ke dalam peti sejuk.

🎯Salad ni sedap dimakan sejuk.
👌👌

🎁Sediakan pula Brown Sauce



🎁Cairkan 2 sudu besar mentega.

🎁Masukkan bawang putih dan bawang besar Holland cincang.

🎁Bila bawang sudah layu, masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Kacau rata sehingga tepung gandum berwarna keperangan.



🎁Bila tepung gandum sudah berwarna keperangan, masukkan air dan susu segar.

🎁Kacau sehingga sebati.



🎁Kemudian masukkan 1/3 cawan sos lada hitam,  1 sudu kecil serbuk lada hitam, 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar, 1 sudu kecil serbuk lada sulah, 3 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar gula dan 1 ketul kiub ayam.

🎁Masukkan juga bancuhan demi glaze. Kalau takde pun takpe, takyah bubuh. Tapi kalau bubuh rasanya lagi sedap.

🎁Kacau sehingga pekat, sempurnakan rasa. Kemudian bolehlah tutup api.



🎁Masukkan ke dalam mangkuk hidang. 👌👌

📌Akhirnya kita goreng jejari kentang.



📌Seperti biasa lah.. Kita panaskan minyak yang banyak dalam kuali kemudian goreng lah jejari kentang sehingga warnanya bertukar ke warna keemasan.



📌Dah masak, angkat dan toskan minyak. 👌👌 

📌Maka selesailah episod memasak.. 

🔓Jom menghidang pula. 


🔓Hari tu pernah join kursus art of plating. Tapi dah lama tak praktik, maka art of plating lamb chop pada hari ni didapati telah ke laut.. Huhuhu



🔓Art of eating pun tak dak gak. Camana nih?! 😂😂😂

🔓Apa-apa pun, jemput menjamu selera.

🔓Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan