Sabtu, 28 Disember 2019

Rendang Daging Simple

Rendang Daging.. Sedap dimakan dengan sebarang nasi.


Makan rendang dengan nasi putih, sedap. Makan rendang dengan nasi lemak, sedap. Makan rendang dengan nasi minyak, sedap. Makan rendang dengan pulut kuning pun sedap!


Berbanding dengan zaman dahulu, memasak rendang pada zaman sekarang ni agak senang dan cepat. Kenapa ya?

Kerana banyak benda yang telah dimudahkan dengan kehadiran alatan berteknologi di dapur dan juga pengkhususan dalam perniagaan. Semua benda yang sudah siap diproses tersedia di jual di pasar basah dan pasar raya


Kerisik dan santan misalnya mengambil banyak masa dan tenaga untuk menyediakannya. Namun sekarang boleh dibeli yang sudah siap dan sedia digunakan. Start motor gi kedai dalam 5 minit dah boleh terus masak dah.. 😁😁😁

Lesung tumbuk pun dah tak nampak dah kalau nak kisar bawang cili segala. Saper nak tumbuk bahan banyak-banyak sampai bergegar lengan..? Pastinya blender atau pengisar jugaklah yang kita cari.. Hihihi 😅😅😅

Pada akhir zaman ni, waktu yang kita lalui memang cepat berlalu. Tapi Dia beri teknologi untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Maha suci Allah..


RESEPI RENDANG DAGING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg daging - dihiris nipis. Boleh juga kalau nak potong kiub. Ikut suka.
🎈1 biji bawang merah besar
🎈2 biji bawang putih
🎈10 tangkai cili kering (atau 3 sudu besar cili kering kisar. Nak lagi pedas boleh tambah cili api)
🎈1 inci kunyit
🎈2 hiris lengkuas
🎈2 hiris halia
🎈2 batang serai - ambil yang putih, hiris kasar
🎈1 sudu kecil jintan manis
🎈1 sudu kecil jintan putih
🎈1 sudu kecil ketumbar
3 cawan santan (1 cawan santan pekat dicampur dengan 2 cawan air)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - dihiris kasar
3 helai daun limau purut - diramas manja
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda🎈 hendaklah dikisar halus.

Cara-cara menyediakannya.

Jom... Kita ke dapur.

Persediaan bahan.


🥩Antara bahan-bahan yang digunakan.


🥩Jintan manis, jintan putih dan ketumbar.


🥩Asam gelugur atau asam keping.


🥩Santan pekat, nanti tambah lagi 2 cawan air.


🥩Kisar sehingga halus bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit, halia, lengkuas, serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar dengan sedikit air.

🥩Jom merendang..


🥩Di dalam periuk, masukkan daging, santan, asam gelugur dan bahan kisar. Kacau sekali sekala sehingga daging empuk.


🥩Bila daging sudah empuk, masukkan garam, gula, Kerisik daun kunyit dan daun limau purut. 

🥩Bila kita bubuh Kerisik, kuah akan jadi pekat. Jadi, kenalah kacau sikit supaya tidak hangus. 


🥩Bila kuah sudah pekat elok, rasa pun sudah auwww sedapnya, matikan api. Sedia untuk dihidang.

🥩Eh dah siap? Cepatnya. Hahaha. 😂😂😂Kalau awak guna pressure cooker lagi cepat tau uols! Hahaha😂😂😂


🥩Jom makan bersama.. Hari ni kami makan dengan nasi lemak.

🥩Jemput makan semua..

🥩Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan