Ahad, 29 April 2018

Biskut Samperit Dahlia Tanpa Telur yang Rangup

Akulah tukang letak ceri merah atau hijau kat atas kelopak biskut samperit dahlia masa aku kecil dahulu. Pada waktu itu, ceri merah atau hijau akan dipotong kecil-kecil untuk dihias di atas biskut.


Kali ini kita letak cip coklatlah pulak. Ambil lebihan buat biskut sebelum ini. Senang tak payah potong. Budak-budak pun makan hiasan yang ini. Hihi


RESEPI BISKUT SAMPERIT DAHLIA TANPA TELUR YANG RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Blog Cik Matahari

Bahan-bahan

250gm mentega
110gm gula halus - resepi asal gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
115gm tepung kastard
110gm tepung jagung
160gm tepung gandum - resepi asal tepung red rose 🌹

Cara-cara menyediakannya

Jom jom jom..


Langkah 1
Dalam mangkuk adunan, masukkan mentega, gula halus dan esen vanila. Kacau sehingga sebati menggunakan sudip kayu.


Langkah 2
Kemudian masukkan tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata.


Langkah 3
Masukkan pula tepung gandum. Kacau lagi menggunakan sudip kayu.


Langkah 4
Bila sudah agak berat dikacau, bolehlah gunakan jari-jemari untuk membentuk adunan yang lembut.

Kalau rasa adunan masih lembek, boleh tambah sedikit tepung jagung.


Langkah 5
Gunalah acuan semperit yang berkenan di hati. Yang πŸ‘†πŸ‘† Mak Hencik guna acuan pecah lapan.

Panaskan oven 170°C selama 10 minit.

Letakkan cip coklat kat atasnya atau hiasan lain yang sesuai seperti ceri merah atau hijau atau lain-lain hiasan yang disukai.

Langkah 6
Masukkan dulang biskut ke dalam oven, 170°C selama 20 minit, atau ikut uols punya ragam oven tersendiri.


Bila dah keperangan, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam balang.


Langkah 7
Bersesak-sesak di dalam balang plastik berpenutup merah..

Bismillah..

Jumaat, 27 April 2018

Kari Ikan Tenggiri dengan Terung

Apabila mak saya memasak kari ikan, dia suka campurkan dengan sejenis sayuran. Biasanya mak akan bubuh bendi atau kacang panjang atau terung.


Jadi saya pun terpengaruh juga dengan cara mak. Makanya hari ini saya masakkan kari ikan yang dicampur dengan terung panjang ungu.


RESEPI KARI IKAN TENGGIRI DENGAN TERUNG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 keping ikan tenggiri
1 biji terung panjang
1 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah besar - dihiris
2 hiris halia - dihiris halus memanjang
3 cawan santan
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 tangkai lada hijau atau merah
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. jom.. jom..


Dua potong ikan tenggiri. Cukuplah untuk kami orang tua makan. Budak-budak mestilah suka makan ayam.


Terung panjang ungu dipotong dua dan dibelah empat.


Santan dan serbuk kari ikan yang disukai. Serbuk kari ikan tu dicampur dengan sedikit air jadi bancuhan.


Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris halus.


Langkah 1
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau sehingga kekuningan.


Langkah 2
Bila sudah kekuningan, masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau sehingga naik minyak. Tapi Mak Hencik ni bukanlah orang yang penyabar, jadi faham-fahamlah... hihihi...


Langkah 3
Bila air dah kering, masukkan kepingan ikan tenggiri, diikuti air asam jawa dan terung yang telah dipotong.


Langkah 4
Bila terung sudah layu dan berubah warna, masukkan santan. Kacau seketika.

Sambil itu, bolehlah dimasukkan garam secukup rasa dan gula sikit jika suka. Masukkan juga lada hijau atau lada merah. Kacau lagi seketika sekali-sekala sehingga kuah menggelegak.


Langkah 5
Biarkan kuah menggelegak seketika. Kemudian bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Yang pastinya mangkuk yang samaaaa jer setiap hari. Kahkahkah.


Hidangan hari ini.. seadanya.. Jemput makan sama-sama kawan-kawan semua..

Bismillah..

Khamis, 26 April 2018

Biskut Coklat Chip Rangup Sukatan Cawan

Sambil tengok tv cerita slot akasia lah, samarinda lah, alamanda lah, mulut rasa nak mengunyah pula. Sedap juga kalau ada biskut raya ni.. walaupun bukan hari raya.
 πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜Ž

Biskut ni sangat rapuh. Bila digigit, ada rasa coklat dan kacang. Mmm.. sedapnya!


BISKUT COKLAT CHIP RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

250 gm mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 biji telur
2 sudu besar susu cair / susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan jenis kekacang yang disukai - Mak Hencik guna kacang tanah chunk yang readymade jual kat kedai bakeri
2 cawan coklat chip
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara menyediakannya

Jom buat biskut raya..


Di dalam bekas adunan, pukul mentega, gula perang, gula, sedikit garam, susu cair dan minyak sehingga sebati. Mak Hencik guna whisk.

Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.


Masukkan tepung yang telah diayak bersama cream of tartar, baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata.

Masukkan pula coklat chip dan kekacang yang digemari. Gaul lagi sehingga sebati.


Adunannya memang lembik sedikit.


Masukkan ke dalam piping bag supaya senang nak dibentuk nanti.


Ambil dulang untuk membakar. Sapu sikit dengan mentega. Lepas tu tekanlah piping bag untuk membentuk biskut sebesar duit 20 sen.. Mak Hencik dapat 4 dulang.

Panaskan oven 10 minit, 170°C, kemudian bakarlah selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven. Saiz biskut akan jadi lebih besar dari yang asal tadi.


Sejukkan sekejap di rak sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau balang.


Dok dalam balang diam-diam no.. satgi ada orang jumpa hang, habis hang dikerjakannya. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Dapat 2 bekas tupperware ni.. banyak tau. Bila nak makan kita keluarkan..

Nak makan? Jemput-jemput..

Bismillah..

Rabu, 25 April 2018

Ayam Goreng Rempah Kari Sedapnya

Bila dah bosan goreng rempah, kita tukar ke goreng rempah kari ni. Kalau tak ada daun kari tak apa, tapi lebih sedap jika ada. 🌿🌿🌿 Nak rangup sikit, bubuh tepung jagung. Simple jer.. πŸ—πŸ—πŸ—


RESEPI AYAM GORENG REMPAH KARI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

9 ketul ayam
*5 biji bawang putih
*1/4 biji bawang merah besar
*5 hiris halia
Bahan bertanda * ditumbuk halus
3 sudu besar serbuk kari daging boleh, ikan boleh
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu kecil kunyit
Garam secukupnya

Cara-cara

Jom.. jom.. jom.. hari ni goreng ayam.


Ayam yang dipotong dibasuh bersih dan ditoskan airnya.


Tumbuk sehingga halus bawang putih, bawang merah dan halia.


Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas ayam. Masukkan juga kunyit, serbuk kari, serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.


Gaul sehingga sebati. Kalau lambat lagi nak makan, peraplah sekejap. Kalau dah tak sabar-sabar lagi nak makan nasi, haaa terus panaskan minyak.


Masukkan sedikit tepung jagung, gaul sehingga rata.


Bila minyak sudah panas, terjunkan ayam secara slow motion ke dalam kuali.


Bila sudah keperangan dan garing, balikkan ayam. Apabila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Masukkan ke dalam pinggan hidang.


Bolehlah kita menjamu selera. Jemput makan kenkawan semua..

Bismillah..

Selasa, 24 April 2018

Mee Goreng Telur

Mee goreng mamak satu! Teh tarik gelas besar satu! 🍝🍺

Ooi! ooi! Ingat ni kedai mamak ke? Sedapnya mengorder..

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


MEE GORENG TELUR YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

400gm mee kuning
4 biji bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kering kisar
2 ketul ayam - dipotong kecil
2 biji telur ayam
1 cawan tauge
1 biji lada merah - dipotong serong
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
5 sudu besar kicap
5 sudu besar cili sos
1/2 cawan air
Minyak secukupnya untuk menumis
Daun sup dihiris dan bawang goreng secukupnya sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya


Mi kuning, basuh bersih dan toskan.


Antara bahan yang digunakan iaitu tauge, bawang putih, telur dan ayam yang dipotong kecil.


Langkah 1
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan cili kering kisar. Kacau sehingga kekuningan.


Langkah 2
Bila sudah garing, masukkan isi ayam. Kacau sehingga rata.


Langkah 3
Kacau sehingga isi ayam masak, kemudian masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih sambil dikacau seketika.


Langkah 4
Masukkan mi kuning.


Masukkan sos cili, kicap dan serbuk pati ikan bilis. Kacau sehingga rata. Kalau tak cukup sos cili, tambah sos cili. Kalau tak cukup kicap, tambahlah kicap. Semahu-mahunya.


Langkah 5
Masukkan pula tauge dan lada merah. Kacau lagi sehingga rata.


Langkah 6
Tepikan mee ke tepi kuali. Masukkan dua besar minyak masak.


Langkah 7
Masukkan telur, biar seketika kemudian kacau.


Kacau telur bersama dengan mee. Biarkan mee dan telur melekat antara satu dengan lain. Seperti bertemu jodoh, berpisah tiada. Cheewaaahhh!


Perah jus limau kasturi. Biji tu dibuang ya.


Langkah 8
Masukkan jus limau kasturi ke dalam mee. Gaul lagi sehingga sebati.


Bila dah siap, tutup api.


Langkah 9
Hiaskan mee goreng telur kita hari ini dengan daun sup hiris dan bawang goreng.

Jemput makan semua..

Bismillah..