Rabu, 24 Januari 2018

Sup Kambing yang Power lagi Sedap

Sup kambing yang power? Apa yang power sangat tu?? Mmmm.. Sedapnya! Kalau ada orang tolong buatkan untuk kita, laaagi sedap. Atau kalau ada orang belanja kita makan sup kambing ni, pun laaagi sedap. Ya tak? Hahaha



Resepi ini Mak Hencik dapatkan dari peniaga kedai makan berhampiran tempat tinggal Mak Hencik yang dulu. Gerainya sentiasa dipenuhi pelanggan gara-gara sup kambing ini. Oleh kerana Mak Hencik ni antara pelanggan tetapnya, selalulah juga kami bersembang. Dia pula jenis pemurah dan tidak berahsia apabila ditanya mengenai resepi sup yang sedap ini. 

Katanya dia goreng bawang merah, kemudian kisar halus untuk dimasukkan ke dalam sup. Pesannya lagi supaya dimasukkan sedikit susu cair supaya ada rasa lemak pada sup tersebut. Lada hitam pula perlu ditumbuk lumat untuk memberikan rasa pedas.

Selepas lama berpindah rumah, Mak Hencik kembali ke kedai tersebut untuk merasa kelazatan sup kambingnya lagi. Malangnya kakak pemurah itu sudah berpindah ke negeri asal suaminya pula.


SUP KAMBING YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg daging kambing
1500 ml air
1 biji bawang merah besar - dimayang
3 biji bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk

2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar minyak masak untuk menumis

1 cawan bawang goreng - dikisar
3 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji kentang - dipotong empat
5 tangkai daun sup - dipotong empat
1 biji tomato - dipotong lapan
1/2 cawan susu cair atau susu sejat
1 sudu besar jus limau nipis

Hiasan
Sedikit daun sup - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Cara-cara menyediakannya

Jom jom jom


                                   


Bawang putih yang diketuk, halia yang diketuk, daun sup yang dihiris kasar, tomato, kentang yang dipotong besar.



Langkah 1
Rebus daging kambing bersama bawang putih dan halia sehingga empuk.


serbuk rempah sup, bawang goreng, halia, bawang putih dan bawang merah.


serbuk lada hitam dan serbuk lada putih


Langkah 2
Sediakan bahan-bahan untuk memasak.


Langkah 3
Panaskan minyak, tumiskan rempat empat sekawan seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.


Langkah 4
Kemudian masukkan bawang putih hiris, bawang merah hiris dan halia hiris.


Apabila bahan tumisan hampir garing, terus tutup api. Toskan minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk sup tadi.


Langkah 5
 Masukkan serbuk rempah sup. Masukkan juga tomato, kentang, daun sup yang dipotong kasar, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan seketika.


Langkah 6
Kisar bawang goreng dengan sedikit air.


Masukkan ke dalam periuk yang sedang mendidih.


Langkah 7
Masukkan jus limau nipis.


Langkah 8
Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.

Langkah 9
Masukkan susu cair atau susu sejat.


Langkah 10
Masukkan daun sup yang dihiris kasar.


Kacau rata. Kemudian bolehlah tengok daging kambing sudah empuk ke masih liat. Rasa juga masin masam dan manisnya. Kalau sudah sedap, bolehlah ditutup api.


Siap sup kambing power kita hari ini. Sangat sedap berganda dimakan bersama telur dadar goreng garing. Meletoppp!

Jemput makan kawan-kawan semua..
Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan