Ahad, 7 November 2021

Pulut Panggang Inti Serunding

 Antara kuih tradisi yang masih diminati ramai. Nak tahu cara nak bagi senang dan cepat siap?


Guna Serunding yang sedaaappp mestilah rasa pulut panggang ni lagi sedap. Pulut pula hendaklah dikukus dan dan ada rasa lemak secukupnya.

RESEPI PULUT PANGGANG INTI SERUNDING
Oleh Dapur Cempakasari
(Menghasilkan 18-20 batang)

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
1/2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula, atau ikut suka manis masing-masing.
2 helai daun pandan, optional

Bahan inti
Apa-apa jenis serunding seperti serunding kelapa, serunding daging, serunding ayam atau serunding ikan.

Jom cuba buat..


🦋 Beras pulut direndam 30 minit, ditoskan dan kemudian dikukus selama 30 minit bersama 2 helai daun pandan.


🦋 Sementara menunggu pulut separuh masak, sediakan santan dicamour dengan 1/2 sudu kecil garam 


🦋Ting! Pulut dah separuh masak. Buka tudung kukusan dan keluarkan pulut. Daun pandan tu dibuang ya.


🦋Arung pulut dengan santan tadi sehingga pulut bergaul sekata dengan santan.

🦋Tabur 5 sudu besar gula dan gaul lagi sehingga sekata 


🦋Dah siap gaul, masukkan ke dalam pengukus.


🦋Kukus sehingga masak iaitu lebih kurang 20 ke 30 minit.


🦋 Sementara tunggu pulut masak, sediakan inti serunding. Mak Hencik guna serunding daging Kampung Laut yang sedia ada di dapur.

🦋Untuk menjamin kesedapan, rasa serunding mestilah manis dan pedas.


🦋 Sediakan daun pisang. Layur dulu di atas api supaya lembut dan mudah dilipat serta tidak pecah.

🦋Kemudian daun pisang saiz 5" ke 6" lebat. Lepas tu lap supaya bersih.


🦋Sediakan lidi 

Seterusnya..


🦋Pulut sudah masak.


🦋 Keluarkan separuh dan tempat yang rata. Bentukkan memanjang. Letak daun pisang kat atasnya. Gelek dengan rolling rod (ker aper nama dia..hihihi) sehingga rata dan nipis.


🦋Letakkan serunding dan ratakan. 


🦋Lipat pulut yang selebihnya di atas pulut yang dah diletakkan serunding.


🦋Potong anngaran seinci lebar menggunakan pisau plastik.


🦋Letakkan di atas daun pisang. Gulung dengan kemas dan dsepit dengan lidi di kedua hujungnya.


🦋Ulangi proses membungkus sampai habis. 

🦋Dah siap


🦋Panggang atas kuali leper yang disapu dengan sedikit minyak.

🦋Bau daun pisang bakar pun dah rasa sedap nih.


🦋Dah masak.. jom makan!

🦋 Bismillah..


🦋Yang selebihnya boleh dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.

🦋Kalau nak makan dalam dua tiga hari, memadailah simpan di bahagian chiller tapi kalau tak tau bila nak makan, eloklah simpan di bahagian frozen. 
😁😁😁

🦋Okey, bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan