Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!
Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. 😁😁😁
Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.
Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis.
RESEPI BELEBAK UBI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dipotong jejari kemudian direbus hingga empuk dengan sedikit garam.
2 cawan tepung beras
4 cawan Santan pekat
1 cawan gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
1 biji pisang - lenyek
3 titis esen pisang
Daun pisang secukupnya
Cara-cara membuatnya
Jom kita ke dapur..
✅ Ubi keledek tu nak berlainan kaler pun boleh. Kalau letak ubi jepun lagi sedap.
✅ Dalam kuali, masukkan santan, tepung beras, gula, garam dan pisang lenyek. Kacau rata sehingga tepung beras bercampur sebati dengan santan. Masukkan juga beberapa titis esen pisang. Lepas tu baharulah buka api.
✅ Sediakan daun pisang. Layur dahulu di atas api gas. Layur tu maksudnya lalukan di atas api supaya jadi layu. Bila daun pisang layu, bila kita membungkus, ia tak pecah. Tapi kalau ada daun pisang gegala, pisang ni tak payah dilayur sebab ia sejenis daun pisang yang tak pecah apabila digunakan untuk membungkus.
✅Kalau tak nak letak ni pun takpe.
Jom kita mulakan..
✅ Potong daun pisang sebesar tapak tangan.
✅ By the time daun pisang siap, adunan ubi keledek tu dah sejuk, maka bolehlah kita mulakan proses membungkus.
✅ Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan