Rabu, 7 Julai 2021

Keria Ubi Kayu

 Lembut dan rasanya pun sedap!


Pertama kali makan ni, terus jatuh cinta. Dah bertambahlah satu lagi resepi kuih dari ubi kayu. Next time, kalau ada ubi kayu pasti tidak akan teragak-agak nak membuatnya lagi. Anak-anak pun kata sedap sebab dia lembut, katanya.


Terdetik nak buat kuih ni sebab petang semalam Pak Hencik dok menggali ubi kayu.  Dapat banyak juga. Selepas disumbang kepada jiran sebelah, kita pun buat projek nih, projek keria ubi kayu kikiki


RESEPI KUIH KERIA UBI KAYU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan ubi kayu, direbus dan dilenyek
3 sudu besar tepung gandum (atau secukupnya)
Sedikit garam
Minyak masak untung menggoreng

Bahan sira

1/2 cawan gula
1/4 cawan air


Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


Ubi kayu, untuk sesiapa yang tak kenal. Hi3

Ubi kayu dikupas kulitnya dan dibasuh bersih, kemudian dipotong kecil.


Rebus ubi kayu dengan sedikit garam.


Bila ubi kayu dah empuk, matikan api.

Toskan air.


Dalam sebuah bekas, lenyek ubi kayu rebus semasa masih panas. Pastu tambah 3 sudu besar tepung gandum. (Sukatan ni Mak Hencik agak-agak jer)

Tepung tu jangan letak banyak sangat takut nanti jadi keras pula 


Uli sehingga rata. (melekat jugak sikit kat tangan ni)


Buatkan bentuk toda, saiz kecil sahaja.

Nak buat bentuk ni, Mak Hencik sapu tangan dengan tepung gandum sikit. Hi3


Lepas tu goreng dalam minyak panas dengan api sedang. 

Bila dah keperangan kaler dia, Balikkan supaya ia masak sekata.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng lagi yang selebihnya sehingga habis.

Sementara tu kita teruskan untuk membuat sira pula.


Mula-mula masukkan gula 1/2 cawan dan air 1/4 cawan.

(Sukatannya lsira gula tu ebih kurang 1 cawan gula dan 1/2 cawan air gitewww)

Kuali dan senduk tu mestilah bebas minyak yea..


Kacau seketika sehingga ia berbuih.


Bila buih dah banyak, bolehlah kita masukkan keria tadi 


Kacau rata. Masa ni gula dah bersalut pada keria, tetapi belum membentuk bunga gula. Teruskan mengacau lagi.


Bunga gula dah mula terbentuk. Kacau lagi sehingga keria diselaputi gula sepenuhnya.


Masa ni bunga gula dah terbentuk elok pada keria. Jadi, dah boleh tutup api dah.


Masukkan ke dalam piring kuih. Sedia untuk dimakan.

Jemput kawan-kawan.

Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan