Isnin, 24 Mei 2021

Ketupat Palas Kelantan

 Kepada penggemar ketupat palas, sekarang dah boleh buat ketupat sendiri. Boleh buat, boleh makan pada bila-bila masa sahaja, tak kira pada hari raya atau pada hari-hari biasa.


RESEPI KETUPAT PALAS KELANTAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg beras pulut
1 1/2 cwn santan pekat
2 sudu teh garam halus
(Santan dan garam dibancuh bersama)
2 cawan gula

Cara-cara membuatnya

🌻Mula-mula sekali kena buka daun palas tu dulu untuk memudahkan kita membungkus ketupat nanti.


🌻Sesudah buka daun palas, kita sediakan beras pulut pula.

🌻Beras pulut dibasuh bersih, kemudian direndam selama 2 jam..


🌻Selepas tu, kita toskan air dan masukkan dalam pengukus lalu dikukus pulut selama 40 minit.


🌻 Selepas 40 minit, kita keluarkan dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas yang besar.


🌻Sediakan 1 1/2 cawan santan. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sehingga rata. 

🌻Tuang sedikit demi sedikit santan ke dalam pulut. 


🌻 Kemudian kita arung pulut dengan santan tadi. Arung tu maksudnya kita masukkan santan sikit-sikit sambil digaul dengan pulut. Gaul sehingga rata.


🌻Lepas tu kita masukkan pulut yang telah diarung dengan santan tadi ke dalam pengukus dan kita kukus pulut tadi untuk kali kedua selama lebih kurang 30 minit, iaitu sehingga pulut masak.


🌻Setelah 30 minit, keluarkan pulut kukus tadi dan masukkan ke dalam bekas yang besar tadi semula.

🌻 Masukkan 2 cawan gula sedikit demi sedikit sambil digaul rata. 

🌻 Ketupat palas Kelantan ni memang manis banyak. Jadi, kalau tak suka manis boleh kurangkan gula ya.


🌻Biar pulut tu sejuk sikit ya sebelum kita membungkus nya.


🌻Dah ready untuk membungkus. Ada daun palas yang siap dibuka lebih awal, pulut ketupat, serunding ayam atau daging (jika nak letak serunding), air bersih untuk basuh tangan (sebab pulut nanti melekat kat tangan) dan last but not least tuala pengelap tangan. (Dah basah tangan, nak lap tangan pula hihihi 🤭🤭🤭)

🌻Cara membungkusnya boleh rujuk YouTube sebab tak boleh tepek sini. Google blogspot ni kata, exceeded limit. Mungkin panjang sikit kot. 🙏🙏🙏

Try rujuk link di bawah. Mudah-nudahan membantu. 👇👇

https://youtu.be/5O73XaQXQBw

https://youtube.com/channel/UCoKojvr2m-78y9qe1JsmZqQ



🌻Selesai membungkus. Adoiii lenguh pinggang.

🌻Lebihan daun palas yang panjang tu biasanya orang potong pendek. Tinggalkan dalam 1 atau 2 inci sahaja supaya ketupat nampak kemas.

🌻Lepas tu bolehlah dikukus lagi sekali dan lepas tu bolehlah dimakan.

🌻Atau kalau nak makan kemudian, ketupat palas ni boleh disejukbekukan. Bila nak makan, baharu keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik sebelum dikukus atau direbus dengan sedikit air.

🌻Kalau nak panaskan guna mikrowave pun boleh, cadangan masa ialah 2 minit.


🌻Ni lah antara ketupat palas yang Mak Hencik buat. Bercinta jugakla nak siap. 🤭🤭🤭

🌻Ambik sebijik untuk dimakan. Yang ni☝️Mak Hencik letak inti serunding ayam.

🌻 Bismillah.. mmm.. sedap!

Ahad, 23 Mei 2021

Kuzi Daging Senang dan Sangat Sedap.

Kesedapan yang tidak dapat digambarkan oleh lukisan! Hanya dapat ditunjukkan oleh nasi dalam periuk yang berkurang!🤭🤭🤭


Rempah kuzi ni Mak Hencik tempah dari kawan, Azy. Azy pula minta mak dia kirimkan dari Kelantan. Kalau nak mudah, boleh juga kalau kita beli secara online seperti di Shopee dan Lazada.


Ini adalah kali pertama Mak Hencik masak kuzi. Pak Hencik tak berapa suka masak kurma, jadi Mak Hencik ingatkan dia tak sukalah kuzi ni. Tapi bila diperhatikan Pak Hencik suka makan daging beryani. Kuzi ni kan macam adik beradik kurma dan beryani, jadi Mak Hencik rasa nak cuba masak kuzi pulak.

Kuzi ni sebenarnya masakan kegemaran seseorang yang istimewa pernah hadir dalam hidup Mak Hencik. He is such a sweet and gentleman. Good man will certainly live in full of happiness with family and friends around. Yes, I hope you do..


KUZI DAGING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg daging, dipotong sebesar 3 jari. (Rebus dahulu dalam pressure cooker supaya daging empuk dan lembut. Air rebusan simpan)

3 biji bawang putih, dihiris
1 biji bawang merah besar saiz sederhana, dihiris
3 hiris halia, dimayang halus

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga

4 sudu besar rempah daging kuzi
1 cawan susu sejat 
2 cawan air rebusan daging
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji tomato 🍅 dibelah 4

Segenggam biji gajus
Sedikit saffron, jika ada.
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


Ni adalah rempah kuzi yang Mak Hencik beli. Harganya RM10 sahaja. Manakala yang kaler maroon tu adalah saffron, harga RM5 sahaja. Kalau tak ada saffron tu tak payah bubuh ya. Tapi penjual rempah tu pesan, kalau nak kuzi lagi sedap, kena la bubuh. Hihihi. Baiklah mak cik, ai pollow yuu... Muah mak cik rempah!


🍋4 sudu besar rempah kuzi dibancuh dengan sedikit air, kacau sampai sebati. Ketepikan.


🍋Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Ketepikan


Rempah 4 sekawan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan 2 biji buah pelaga.

Meh Mula..


🍋🍋 Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia.

🍋🍋Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.


🍋🍋 Kemudian bila bawang sudah kekuningan, masukkan bancuhan rempah kuzi. Kacau sehingga pekat dan naik minyak.


🍋🍋Bila dah naik minyak, masukkan ketulan daging yang direbus tadi. Kacau rata. Lepas tu masukkan sekali air rebusan daging. 


🍋🍋 Masukkan juga susu sejat, kentang dan juga tomato. Susu cair tu boleh digantikan dengan santan pekat

🍋🍋Biarkan kuah menjadi pekat sambil dikacau sekali-sekala.

🍋🍋Jangan lupa masukkan garam. Ada orang suka masukkan serbuk perasa atau serbuk sedap megi dan sewaktu dengannya pun boleh masukkan sekali, ikut citarasa memasingla yea.. 

oh ya.. ada juga yang suka bubuh gula, jadi  bubuhlah  kalau suka.. jangan condemn ya, kena hormat cara orang memasak ni. Yang penting, jangan bergaduh pasal masakan.. 🙈🙈🙈 

Satu lagi.. kalu guna susu sejat tak perlu letak gula dah sebab susu sejat tu dahde rasa manis. 

🍋🍋 Jangan lupa pula bubuh biji gajus tuuu..


🍋🍋Bila dah pekat kuahnya, bolehlah tutup api.


🍋🍋Hidangkan dalam mangkuk hidang. Bolehlah dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak atau nasi beryani. Nak cicah dengan roti keping pun sedap. Makan dengan roti jala pun sedap. Ishhh.. semua sedap yea.. hihihi

🍋🍋 Bismillah..

Sabtu, 22 Mei 2021

Salmon Grilled dengan Sos Putih My Way

 Ingatkan susah sangat nak buat ni. Rupanya senang giler. Sedap pula tu. Berkhasiat lagi!

Kesahnya sebab sejak dua menjak ni, Mak Hencik ada cita,-cita baharu, iaitu nak menurunkan berat badan. Jadi Mak Hencik pun cubala cari menu-menu yang sesuai. Doakan Mak Hencik istiqamah yea.. Rasa macam nak cantik macam muda2 dulu.. kikiki

Resepi ni sangat simple, tapi tidak mengecewakan. Sedap jugalah pada anak tekak Mak Hencik ni. Kikiki


SALMON GRILLED WITH WHITE SAUCE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan (untuk 3 orang makan)

3 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
1 biji lemon 🍋

Cara-cara menyediakannya.

Jom..jom kita ke dapur.


💗Ikan Salmon diperap dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan jus lemon.

💗Ketepikan dahulu. Sementara tu, kita teruskan untuk menyediakan menu sampingan seperti salad dan sos putih.

💗Dicadangkan diperap semalaman untuk rasa perapan yang sempurna. 

Lepas tu Mak Hencik nak buat kentang pulak. Ni adalah sumber kabohidrat nak ganti nasi.

KENTANG PANGGANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 biji kentang untuk 3 orang makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar


🍎2 biji kentang dikupas, dipotong dadu, direbus sehingga masak, kemudian toskan air.

🍎Ketepikan.  (Nanti kita akan goreng selepas kita panggang ikan Salmon)

Kita buat Salad pulak. Salad ni sedap dimakan sejuk, jadi elok buat awal.

SALAD SAYURAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/3 biji kobis, dihiris halus
1/3 biji karot, disagat memandang
1/2 biji lemon
3 sudu besar mayonnaise, atau secukupnya
1 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam


🎈Masukkan kobis yang dihiris halus dan karot yang disagat memanjang tadi dalam sebuah bekas yang besar sikit sebab nanti kita nak gaul-gaul.

🎈Masukkan juga 3 sudu besar mayonnaise, 1 sudu kecil susu pekat manis, sedikit garam dan perahkan jus lemon. Gaul hingga rata. Kalau tak cukup rasa, tambah2lah mana yang tak cukup tu.


🎈Dah siap, masukkan dalam peti sejuk.

Seterusnya mari kita masak sos putih pula.

SOS PUTIH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/3 biji bawang besar Holland, dicincang halus
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar kotak
1/2 ketul kiub ayam
Sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs

Cara-cara membuatnya.


💛Panaskan 1 sudu besar mnyak zaitun, tumis bawang besar Holland cincang dan kacau sehingga layu.


💛Bila bawang sudah layu, masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Cepat2 kacau sehingga tepung menjadi sedikit perang.


💛Masukkan pula susu segar sambil dikacau menggunakan whisk supaya tidak berketul.


💛 Masukkan juga 1/2 ketul kiub ayam, secubit garam, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan mixed herbs.


💛Kacau seketika sehingga kuah menjadi pekat.

💛Bila kuah sudah pekat, rasa pun sudah sedap, maka bolehlah tutup api.

💛 Masukkan dalam mangkuk bidang. Letak bawah saji. Hihihi

Sekarang bolehlah kita panggang ikan Salmon yang kita perap tadi.


💚Panaskan api. Sapu sedikit minyak zaitun supaya ikan panggang akan nampak berkilat dan cantik. 

💚Kalau ada nonstick pan yang berjalur tu haaa gi selongkar kabinet cari sampai jumpa dan guna yang tu sebab effect jalur pada salmon akan nampak lebih cantik dan menyerlah.🤭🤭


💚Balikkan ikan supaya masak sekata. 

💚Pastu jika dah masak, bolehlah angkat. Senangkan. Masukkan dalam pinggan hidang dan letak bawah saji.

💚Kuali tu jangan basuh dahulu. Kita nak guna dia untuk goreng kentang rebus tadi..

Akhir sekali, meh kita goreng kentang rebus.


❤️Buka api, lepas tu masukkan ajer kentang rebus yang telah ditoskan air tadi.


❤️Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam kasar. Kacau-kacau sikit sehingga kekuningan. Pastu boleh tutup api.


❤️ Masukkan dalam mangkuk hidang yang sesuai.

Nahhh.. dah siap dahhh..🤩🤩


💙Jom makan semua kenkawan. Ambik pinggan...


💙 Bismillah..

Rabu, 5 Mei 2021

Jagung Rebus Susu

 Rasa lemak, manis dan masin, rasa yang sempurna. ohhh sedapnya!


Hari ni dah puasa hari yang ke 18 hari. Dah tak tau nak masak apa dah ni. Masa pergi Tesco nak cari barang basah tadi maka ternampaklah lambakan jagung. Maka Mak Hencik pun ambikla 2 batang. Kalau potong 3 bahagian, nanti dapatlah seketul sorang. Bulan puasa ni budak-budak tak makan banyak.

Bila Pak Hencik tengok Mak Hencik ambil 2 batang jagung, dia minta Mak Hencik tambah lagi sebatang. Jadilah semuanya tiga batang..


JAGUNG REBUS SUSU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 batang jagung
1/2 cawan air rebusan jagung
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam

Jom..jom.. jom kita ke dapur


Inilah jagungnya


Kopek kulit dan bersihkan rambut kuningnya. Supaya senang nak makan nanti, Mak Hencik potong jer 3 terus.


Setelah dibasuh bersih, rebus bersama sedikit air selama 10 minit.


Dah masak, terus tutup api dan toskan airnya. 

Secawan air rebusan jagung disimpan. Selebihnya boleh buang semua..


Seterusnya dalam periuk, masukkan butter, susu sejat, susu pekat manis dan sedikit garam. Tuang sekali air rebusan jagung yang disimpan tadi.


Masukkan jagung.


Tutup periuk dan rebus selama 10 minit lagi. Jangan rebus lama sangat, nanti jagung kecut jadi tak sedap pula.


Ni Mak Hencik masak dalam rice cooker, pastu tinggal. Hihihi

Bila dah masak tutup api. 


Bolehlah bubuh dalam mangkuk bidang.


Juadah berbuka puasa pada hari ini. 

Jemput berbuka, kawan-kawan..

Bismillah..

(Next time Mak Hencik nak rebus sekali jer.. ada saper pernah Cuba buat?)