Ahad, 27 Disember 2020

Pulut Tanak Ikan Masin

Bersarapan dengan pulut tanak dan ikan masin, ada pula kelapa muda parut. Pastikan kelapa tu kelapa muda, baharulah sedap menikmatinya. Sajian enak yang dirindui..


Sambil tunggu pulut masak, kita baca gurauan ni, yang tersebar di aplikasi WhatsApp. 😂😂😂

Petikan Temuramah Dengan Usahawan Kambing..

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje... 

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda: Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih ke yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Aaa.. Yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah... Sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke... Habis tu yang hitam tu siapa punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

JANGAN STRESS...‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌😂‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌😂‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌😂😂😂


PULUT TANAK IKAN MASIN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
4 cawan air
1 sudu kecil pewarna hijau, jika suka
1 helai daun pandan, disimpul

1 biji kelapa parut
6 ekor ikan masin atau secukupnya

Cara-cara  menyediakannya

Mula-mula goreng ikan masin. Mak Hencik goreng ikan masin pelata. Ikan tu sahaja yang ada dalam stok. Terpulanglah nak ikan masin jenis apa pun.. bulu ayam, cencaru, gelama, talang dan macam-macam lagi lah..


Mak Hencik goreng ikan masin di luar rumah. Teringat masa camping dulu-dulu semasa bersekolah. Hehe

Goreng ikan masin di luar rumah ni bukannya apa..Tak nak dalam rumah tu dipenuhi bau menyengat ikan masin goreng ni..hi3

Lepas goreng, angkat dan toskan minyak.

Jom tanak pulut.


Langkah 1
Pulut dibasuh bersih dan dimasukkan dalan periuk Bersama 4 cawan air. Masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau rata dan biarkan selama 15 minit.


Langkah2
Tenggekkan periuk tadi di atas dapur dan buka api.
Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Biarkan sehingga air menggelegak.


Langkah 3
Bila air dah menggelegak, tutup api.
Angkat periuk dan tuangkan air ke dalam sinki.


Ada air sikit-sikit camni takpe. 


Langkah 5
Tutup dengan tudung periuk dan buka api kecil. Biar sehingga ia keluar wap. 
Bila dah keluar wap, biarkan sekejap sehingga pulut betul-betul masak.
Kemudian baharulah ditutup api.


Dah masak...


Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut dan ikan masin.

Makan panas-panas memang sedap. Jemput makan semua..

Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan