Isnin, 13 Januari 2020

Ayam Masak Ros yang Sedap

Inginkan kelainan dalam hidangan seharian? Jom cuba lauk ni.. Sedap!


Roomate kat universiti dulu pernah share resepi masakan ni ngan Mak Hencik. Nama dia Fazirah Othman. Dia ni orang Sanglang, Perlis. Mak Hencik abadikan nama orang yang baik ni di sini.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..

Pada masa itu tak ada rasa nak cuba buat lagi ayam masak Ros ni. Nak cuba macam mana.. Masak pun tak reti.. 😅😅😅

Bila sudah berusia macam sekarang ni, haaaa barulah tahu.. Hari-hari rupanya kena pikir nak masak apa untuk santapan keluarga kita. 😍😍

Jadi, ayam masak Ros ni lah antara resepi yang baru ada dalam menu hidangan rumah ku ini..
🤣🤣🤣


AYAM MASAK ROS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong 7, dibasuh bersih dan digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
🍄1/2 biji bawang merah besar
🍄3 ulas bawang putih
🍄7 tangkai cili kering atau 3 sudu besar cili kering kisar
Bahan bertanda 🍄 dikisar atau ditumbuk halus

3 cawan santan
1 batang serai - diketuk
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris besar
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Cara-cara menyediakan ya.

Jom kita ke dapur untuk menyediakan bahan dan memasak.

Jom..


🎗️Ayam dibasuh bersih dan ditoskan airnya.


🎗️Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


🎗️Bawang putih dan bawang merah besar untuk dikisar.


🎗️Cili kering kisar. Kalau tak ada, kisar 7 tangkai cili kering bersama bawang putih dan bawang merah tadi.

🎗️Kalau suka pedas, boleh tambah cili kering atau cili api. 🌶️🌶️🌶️


🎗️3 cawan santan sederhana pekat.


🎗️Sebatang serai, diketuk.


🎗️Lada hijau dipotong serong dan bawang besar Holland dipotong wedges.

Cara-cara menyediakannya.


🛸Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang digaul garam serta kunyit tadi.


🛸Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.


🛸Panaskan 3 sudu besar minyak masak lebihan goreng ayam tadi.

🛸Tumis bahan kisar atau bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.

🛸Bila sudah garing, masukkan santan.

🛸Masukkan serai yang diketuk, secubit garam dan sesudu besar gula atau secukup rasa.

🛸Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.


🛸Bila kuah sudah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

🛸Biarkan kuah mereneh dan pekat sedikit.


🛸Bila kuah sudah pekat sedikit, masukkan lada hijau hiris dan bawang besar Holland hiris.


🛸Kacau sekali-sekala sambil menunggu lada hijau dan bawang besar Holland layu.

🛸Sambil itu, sempurnakan rasa.

🛸Bila kuah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna, matikan api.


🛸Masukkan ke dalam mangkuk hidang.

🛸Jom nikmatinya bersama nasi putih atau nasi lemak panas.

🛸Bismillah..

😋😋😋😋😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan