Bila terpandang resepi Daging Masak Rempah di dinding Facebook beberapa hari yang lalu, terus rasa nak buat.
Nampak bahan pun simple sahaja. Stok daging pun masih ada 1 kilogram dalam peti ais. Jadi kita on sahaja menu ni untuk hari ini.
Puan Wan Roslita bt Wan Alwi.. Terima kasih share kan resepi. Saya dah buat. Hehehe 😝😝😝
RESEPI DAGING MASAK REMPAH
Oleh Dapur Cempakasari
Kredit resepi : Masni Bahari via FaceBook Kuali Mama
Bahan-bahan
1/2 kg daging - dipotong nipis
1 biji bawang merah besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 hiris halia - dimayang halus
3 cawan air
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
1 biji buah pelaga
3 sudu besar tempah kari
1 batang serai - diketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan kicap manis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan hiasan
1 biji tomato - dipotong empat
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris besar
1 tangkai lada hijau - dipotong serong
Jom kita ke dapur untuk menyediakan bahan dan seterusnya memasak. Jom.. Jom..
🌼Serai diketuk, daun kari, tomato di belah empat, lada hijau dipotong serong, bawang putih dihiris, bawang merah dihiris, bawang besar Holland dihiris besar dan tempah 4 sekawan.
🌼Resepi asalnya bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia tu dikisar halus. Tapi Mak Hencik hiris jer sebab nak jimatkan air basuh blender. Hihihi 😆😆😆
🌼Kicap manis, air asam jawa dan rempah kari.
Cara-cara menyediakannya..
🌼Di dalam kuali atau periuk, masukkan daging, tempah kari, serai, daun kari, tempah 4 sekawan, minyak masak, bawang putih hiris, bawang merah hiris, halia mayang dan air.
🌼Buka api dan biarkan sehingga daging empuk.
🌼Kacaulah sekali-sekala kalau rajin. Kalau malas, biarkan ajer.. Tapi pastikan jangan sampai hangus pula. Kikiki
🌼Tutup kuali atau periuk supaya daging cepat masak.
🌼Bila daging sudah empuk, masukkan air asam jawa, kicap manis dan bahan hiasan seperti tomato, lada hijau dan bawang besar Holland. Amboiii! Main campak-campak nampak. 😀😀😀
🌼Kalau air dah kurang, boleh tambah air.
🌼Masukkan gula dan bahan perasa lain secukup rasa. Mak Hencik masukkan gula sahaja sebab masin tu dah ada dari kicap tadi. Mak Hencik suka rasa manis sikit.
🌼Biarkan kuah mereneh dan pekat.
🌼Agak-agak kuah dah pekat, boleh tutup api.
🌼Pastikan rasanya dah sempurna sedapnya ya!
🌼Nampak macam sedap pula. Alahaiii.. Perasannya. Kikiki 😂😂😂
🌼Masukkan ke dalam mangkuk hidang.
🌼Sedia untuk dinikmati..
🌼Bismillah.. 😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan