Rangup di luar, lembut di dalam. Ada yang suka tak?
Kuih ni lah yang Pak Hencik selalu beli kalau balik kampung dia di Kampung Laut, Kelantan.
Di pasar Kampung Laut ni banyak jenis kuih-muih dijual, tapi dah memang dia suka kuih ni, jadi kuih ni lah antara yang dibelinya.
Arwah ayah mertua pun selalu juga beli kuih ni masa dia ada dulu. Biasanya lepas subuh lagi dia akan pergi cari makanan untuk sarapan pagi. Kuih inilah antara yang menjadi pilihannya, kuih sardin gulung rangup.
KUIH SARDIN GULUNG RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1/4 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 cawan atau secukupnya air ais atau air dari peti sejuk
Mak Hencik buat separuh sahaja
(dapat 12 biji kuih sardin gulung)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung beras
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/8 cawan minyak masak
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan air ais atau air dari peti sejuk
Cara-cara membuatnya
Jom.. Jom kita ke dapur.
Langkah 1
Panaskan 1/8 cawan minyak bersama 1 sudu besar marjerin.
Langkah 2
Sediakan 2 cawan tepung gandum. Tambahkan 1 sudu kecil tepung beras dan 1 sudu besar tepung jagung. Masukkan juga 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula.
Tuang minyak panas dan gaul guna sudip kayu. Bila sudah suam sikit, baharulah guna jari.
Gaul dan ulilah sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Langkah 4
Bulatkan adunan sebesar bola ping pong.
Langkah 5
Ambil satu biji adunan dan canaikan sehingga nipis. Menggunakan pisau, buat garisan di bahagian atas seperti dalam gambar. Sapu dengan sedikit air di bahagian bergaris supaya ia melekat dengan elok.
Letak inti di bahagian bawahnya kemudian gulung dengan kemas.
Buatlah sampai habis.
Akhirnya panaskan minyak dan goreng sehingga keperanggan.
Sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Bolehlah kita buat minum petang bersama teh o panas.
Jemput makan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan