Khamis, 13 Jun 2019

Cara buat Tapai Pulut yang mudah

Tapai pulut yang sedap adalah tapai yang manis!



Di negeri Kelantan, tapai pulut adalah satu hidangan wajib untuk hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri atau hari raya Aidil Adha.

Biasanya masyarakat Kelantan akan menyediakan tapai pulut pada 2 hari terakhir puasa. Hari tersebut di panggil hari buat tapai. Sehari sebelum raya pula adalah hari untuk menyediakan ketupat palas. Hari tersebut di panggil hari buat ketupat.

Walaupun pada masa dahulu tapai hanya boleh dimakan pada hari raya sahaja, namun kini ia telah berubah. Tapai pulut kini disediakan dan dihidangkan pada jamuan tertentu sepanjang tahun sebagai pencuci mulut.

Ragi memainkan peranan penting untuk buat tapai. Jadi, pilihlah ragi yang biasa kita guna, yang menghasilkan tapai yang manis. Jangan salah pilih ragi ya..


Ragi πŸ‘†πŸ‘†dibeli di pasar Sumayyah, Tumpat, Kelantan dengan harga seringgit.

RESEPI TAPAI PULUT
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg beras pulut (Mak Hencik guna beras pulut susu )
1/2 cawan air
1 biji ragi, dihancurkan
1 sudu kecil gula

Bekas atau daun pisang untuk membungkus

Cara-cara membuatnya

Jom...


Beras pulut dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 30 minit.


Selepas 30 minit, toskan dan masukkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.


Kukus selama 30 minit.


Selepas 30 minit, keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas yang sesuai.


Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang mengandungi pulut sambil digaul hingga rata.


Bila sudah rata, masukkan pulut yang telah diarung dengan air tadi ke dalam bekas untuk dikukus kali kedua.


Kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak sempurna.


Apabila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam dulang yang lebar atau talam. Ratakan supaya pulut cepat sejuk. Jadi, kita tunggu lah sebetar sehingga pulut benar-benar sejuk.


Sementara itu, kita sediakan ragi. Sebiji ragi sebesar shiling 20 sen dihancurkan dan dicampur dengan satu sudu teh gula. Gaul sebati.


Pastikan pulut tadi betul-betul sejuk untuk langkah seterusnya, iaitu menabur serbuk ragi tadi ke atas pulut dan gaul sehingga rata. Pastikan ragi digaul rata supaya tapai nanti masak sekata.


Sediakan bekas untuk membungkus tapai. Tapai boleh dibungkus menggunakan daun pisang atau daun getah.


Mak Hencik suka guna bekas plastik yang dialas dengan daun pisang.


Tapai yang sudah dibungkus atau dibubuh di dalam bekas dimasukkan ke dalam bekas besar dan ditutup. Bekas tu disimpan di tempat yang selamat.

Tunggulah 2 malam untuk tapai masak.


Tapai yang sudah masak selepas 2 malam. Pulutnya sudah lembut dan berair sedikit. Mmmm.. Rasanya pun sangat manis. 😍😍

Untuk tahan lama, tapai yang sudah masak  disimpan di dalam peti ais. πŸ‘πŸ‘

13 ulasan:

  1. Blh sya tau Pn. guna beras pulut susu jenama apa untuk buat Tapai ini ye??? Semua beras pulut susu sesuai ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa-apa jenama pun boleh, puan. Beras pulut biasa pun boleh.

      Padam
  2. Kenapa kena guna gula ye? Bukankah bila dah fermentation dia akan manis dgm sendirinya?

    BalasPadam
  3. Sy nak tya..mmg pulut perlu kukus ye? Klu tanak tak jadi ke camna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi juga dik kalau rebus pun tapi mungkin tapi tu keluar banyak air.

      Padam
  4. Macam mna boleh jadi manis yer kalau x letak gula... Ade resepi saya tgk takde letak gula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ragi tu yg buat tapai jadi manis. Letak sedikit gula tu hanya petua. Kalau tak letak gula pun ok kalau raginya manis, tetap akan manis tapai tu. πŸ™

      Padam
  5. Assalamualaikum nak Tanya. Ragi ni ada jual di kelantan shj ke? Saya di taiping

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Di mana2 pun ada jual ragi, tapi tak pasti manis ke tidak sebab tak pernah cuba. Akak biasa beli dari Kelantan secara online dik, melalui Shopee.

      Padam
  6. Assalamualaikum..nak tanya..sukatan untuk air tu berapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy dh baca..trlepas pndg..hihi..tq ye puan share resipi

      Padam