Selasa, 27 November 2018

Sayur Lemak Petola Ular

Masakan lauk kampung yang digemari. Walau nama sayurannya pelik, tapi rasa dia ok jerrr..


Masakan ni sangat sesuai dimakan dengan ulaman dan budu atau sambal belacan. Dulu-dulu semasa Mak Hencik bersekolah, budu ni kegemaran orang Kelantan dan Terengganu.Tempoyak pula kegemaran orang Perak. Cencaluk pula kegemaran orang Melaka. Tapi sekarang ni rasanya kau orang negeri mana pun boleh makan budu, makan tempoyak dan  makan cencaluk. 😂😂😂 

Nak buat macammana dah kau kahwin dengan orang negeri tu.. orang negeri ni..masakan pun bertukar-tukar.

Hurm.. macam-macam kan. Citarasa dan kegemaran masing-masing.. yang seharusnya perlu kita hormati. Ya tak?


SAYUR LEMAK PETOLA ULAR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji buah petola ular, dipotong serong
*1 biji bawang merah besar
*1 sudu kecil lada hitam
*1 ekor ikan rebus atau panggang, diasingkan isi dengan tulang
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus
1 cawan santan pekat 
2 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. jom kita menyayur hari ini...

Persediaan bahan.




Bawang merah dan lada hitam.


Ikan rebus yang belum diasingkan isi dengan tulang.



Bahan tumbuk iaitu lada hitam, bawang merah dan isi ikan rebus.



Santan pekat.



Sebiji buah petola ular.



Buah petola ular yang telah dipotong serong, dibasuh bersih dan ditoskan airnya.

Jom kita memasak pula. 




Di dalam periuk, masukkan santan dan air serta bahan tumbuk. Kacau selalu sehingga kuah menggelegak.


Bila kuah sudah menggelegak, masukkan buah petola ular tadi. Masukkan garam dan gula jika suka, secukup rasa.




Biarkan kuah menggelegak sekali lagi.




Biar sampai buah petola ular masak.




Bila sudah masak, angkat dan hidangkan. Sedap kalau ada budu dan ikan masin. Perghhh..! Mentua lalu pun tak sedar nanti ni.

Jemput makan semua.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan