Isnin, 4 Jun 2018

Pizza Homemade

Hari ke 17 Ramadhan semalam. Anak-anak minta makanan selain nasi lagi.

Sebelum ni makan burger ayam, spagetti aglio olio, lebihan spagetti tu buat goreng mamak pula.. Lepas tu oblong daging dengan fun fries.


Hari ni kita cuba buat pizza 🍕 🍕🍕 pula. Kita buat pizza ayam dan juga peperoni. Nak kurang cheese boleh, nak lebih cheese pun boleh. Ikut suka kita sebab kita yang buatnya sendiri. Kahkahkah


PIZZA HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan roti
(menghasilkan 2 keping roti)

4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak jagung
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar yis
1 sudu kecil bread softener
1 1/4 cawan air

Bahan-bahan toping

1 tin prego traditional sauce
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 cawan isi ayam - dipotong kecil
Peperoni ayam secukupnya
Capsicum - dipotong kecil ( ku tak letak)
Nenas dalam tin secukupnya ( ku tak letak juga huhu)
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.............!



Langkah 1
Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, minyak jagung, garam, gula, baking powder, bread softener dan yis. Gaul rata.

Buat lubang di tengah dan masukkan air. Uli sehingga menjadi doh.


Langkah 2
Rehatkan doh dengan menutupnya dengan kain yang sesuai. Er er kain batik sarung sesuai tak? 😂😂


Langkah 3
Dalam 1-2 jam, adunan dah naik tu bolehlah dikeluarkan angin. Nak tumbuk-tumbuk manja ke.. tumbuk garang ke..
terpulang..


Langkah 4
Bahagikan kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan. Guna torak nak senang citer. Biar dia jadi bulat dan muatkan dalam acuan yang telah disapu mentega atau minyak masak.

Cucuk sikit di atasnya guna garpu. Bakar dalam oven 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 5
Sudah masak, keluarkan dan sejukkan sedikit sebelum kita letak toppingnya.

Antara bahan-bahan toping


Sos prego tradisional


Mozarella cheese yang diparut


Isi ayam dipotong dadu kecil dan digaul dengan sedikit garam, serbuk lada sulah dan garam.


Goreng isi ayam dengan sedikit mentega atau minyak. Bila dah masak, angkat.


Sos prego tradisional, isi ayam goreng dan cendawan butang yang dihiris.


Peperoni ayam, jika suka.

Cara-cara menyediakannya..


Langkah 1
Ambil sekeping roti pizza, sapukan dengan 3 sudu besar atau secukupnya sos prego.


Langkah 2
Taburkan ayam tadi atau peperoni ayam, atau letak ayam dan pepperoni sekali gus pun boleh, cendawan, nenas kalau ada dan capsicum jika ada. Akhir sekali taburkan mozarella cheese. Kalau nak bagi effect tarik tu, letakla banyak-banyak.


Langkah 3
Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 4
Sudah masak, keluarkan dari oven. Masing-masing boleh ambil pinggan masing-masing sekarang. Sedia untuk dinikmati..

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan