Ahad, 22 April 2018

Sayur Pedas Labu Air yang sangat Sedap

Yang sangat sedap tu bukannya apa.. sebab saya sangat suka. 😂😂😂

Sayur pedas ini bukan digoreng, tetapi direneh. Cara ni adalah cara yang mak masak. Tanpa kita sedari maklah guru pertama kita dalam mata pelajaran masakan. Terima kasih, mak.


Sayur pedas labu air ni sedap dimakan bersama ikan rebus goreng atau ikan goreng. Untuk anak-anak pula mestilah ayam goreng. Tapi hari ni Mak Hencik masakkan ayam paprik untuk diorang sebab dah dua hari makan ayam goreng berkari.


RESEPI SAYUR PEDAS LABU AIR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji labu air - dikupas kulit dan dipotong kecil
1 ekor ikan rebus atau ikan panggang - ambil isinya
1/4 biji bawang merah besar
1 sudu kecil lada hitam
4 cawan air
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa, jika suka

Cara-cara menyediakannya


Antara bahan-bahan yang diperlukan.


Labu air dikupas kulit, dipotong kecil dan direndam dalam air.


Ikan rebus diambi isinya. Tulang dibuang atau ditanam. Mana tau ia akan tumbuh pokok. Pokok ikan. Nanti senang kita petik ajer ikan tu.. 😂😂😂


Mula-mula tumbuk lada hitam sampai lumat. Lepas tu masukkan bawang merah besar dan hayun alu lesung lagi dengan penuh kasih sayang sehingga lumat.


Sudah lumat bawang, masukkan pula isi ikan. Tumbuk lagi dengan penuh istiqamah dan berdedikasi. Tumbuk sehingga lumat.


Haaa... Inilah dia hasilnya. Yezzzz!


Kemudian, ambil periuk atau kuali kesayangan kita, masukkan 4 cawan air dan bahan tumbuk tadi. Buka api.


Biarkan sehingga menggelegak sambil dikacau sekali-sekala.

Sambil itu juga masukkan garam, gula dan serbuk perasa sesedap rasa.


Bila dah menggelegak, toskan labu air yang dibiarkan berenang di dalam air tadi.


Masukkan labu air ke dalam kuah yang sedang menggelegak.


Biarkan labu air masak sambil dikacau sekali-sekala. Kalau korang rajin nak kacau selalu pun tiada masalahnya.


Bila labu air dah masak, tutuplah api. Tanda labu air masak ialah warnanya dah berubah dan nampak layu sikit. Ya ke? 😂😂😂


Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidang. Letak bawah tudung saji.


Inilah sahaja lauk pada hari ini. Sangat sederhana. Tapi bila makan dengan keluarga tercinta ni, semua jadi sedap belaka. 😁😀😁😀

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan