Khamis, 22 Mac 2018

Sayur Lemak Etak yang Sedap

Kenal tak etak? 😀😀 Etak ialah sejenis hidupan air, selalunya sungai dan hidup di beting pasir.


Semasa kanak-kanak, selepas puas bermain dalam sawah, suami terjun ke dalam tali air. Tujuannya nak basuh kaki. Tetapi lain pula yang terjadi. Apa yang terjadi?

Dia berasa begitu banyak sangat anak-anak batu di kakinya. Apa lagi, terperanjat dan geramlah dia. Dengan cepat, terus tangannya meraba anak-anak batu tersebut. Sekali ditengok anak batu tu terlopong mulutnya. Etak?! Dalam tali air?!

Hari tu satu baldi etak di bawa balik ke rumah. Berita etak dalam tali air ni diketahui jiran-tetangga dan tersebar ke seluruh kampung. Sehinggakan sekumpulan penduduk kampung turut serta mencari etak di situ, untuk dimakan dan juga dijual. 

Etak tu juga rupa-rupanya membiak di sepanjang tali air sehingga ke kampung sebelah. Maka ramailah orang mencari etak di tali air tu.
 Hurm sungguh tak sangka..😱😱😱


RESEPI SAYUR LEMAK ETAK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

500 gm etak
1/2 ekor ikan selar - dipanggang dan diceraikan isinya, kemudian ditumbuk halus.
1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1/2 biji bawang merah besar - ditumbuk halus
3 cawan santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara menyediakannya

Mailer kita ke dapur


Etak dibasuh bersih dan direndam sekejap.


Bilas dengan air bersih dan toskan.


Panggang ikan di atas kuali leper. Nak cepat, nak mudah gini ler cara ku.. 😁😁
Ikan tu pula boleh tukar-ganti dengan ikan selayang, ikan sardin (er er apa bezanya? ), Ikan kembung dan lain-lain lagi ler yang sesuai dan sewaktu dengannya.


Lada hitam, bawang merah dan santan.


Langkah 1
Mula-mula, kita kena tumbuk lada hitam sampai halus. Bila dah lumat, masukkan bawang merah. Tumbuk lagi sehingga lumat.


Ikan panggang tadi kita sejukkan dulu. Kemudian kita asingkan isi dan tulang. Lepas tu tumbuk pula isi ikan sehingga lumat juga. Kalau belum lumat, mohon jangan berhenti menumbuk. Kikiki


Langkah 2
Tenggekkan periuk kat atas dapur. Bubuh santan dan bahan tumbuk. Buka api.

Masukkan juga garam dan gula. Kacau sehingga kuah menggelegak.


Langkah 3
Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan etak. Kacau terus..


Bila dah masukkan etak ni, kuah yang menggelegak tadi dah jadi tak menggelegak dah. Apa nak buat pula? Kacau jer laa kita ni supaya kuah santan tidak berketul..


Bila kuah sudah mendidih, biarkan seketika sehingga etak-etak tu terbuka. Kacau.. kacau.. kuah tu perlu sentiasa dikacau.. sehinggalah etak-etak tu tersenyum lebar kat kita. Bila agak-agak semua dah terbuka, kita pun boleh bagi salam.. assalamualaikum.... !

Hishhh.. melalut pula hari ini. 😂😂😂


Langkah 4
Sudah masak, tutup api. Masukkan sayur lemak etak kita ke dalam mangkuk hidangan. Masa untuk makan...!


Hari ni menemani sayur lemak etak, kita ada ayam kicap berempah goreng, ikan cencaru bakar perisa tom yam, petai celur dan budu. Erm.. sedapnya.

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan