Isnin, 19 Februari 2018

Nasi Arab Al Hidayah Mudah dan Ringkas

Nasi arab memang sedap. Cuma apabila nak memasak tu macam leceh sedikit. Tapi sebenarnya masak nasi arab ni mudah. Pasai apa ya..




Pasai bila nak masak tu kena ada semangat membara tahap petala dewa.. kikiki.

Bagaimana pun kali ni Mak Hencik masak nasi arab kambing yang tak digrill atau dipanggang. Campuq terus dalam periuk nasi. Tu yang jadi mudah tuh. Tu yang jadi ringkas tuh. Wakakakaka. Yang penting rasanya tu.. rasanya tu.. yang sedap apabila masuk ke dalam mulut.



Oleh kerana anak-anak suka makan nasi ada kuah, Mak Hencik buatkan sup. Mak Hencik juga buatkan saltah 🍅 untuk dicicah dengan daging kambing untuk anak-anak yang suka pedas.

NASI ARAB RINGKAS AL HIDAYAH RINGKAS TAPI SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Air Rebusan Daging Kambing

*1 kg daging kambing - dipotong saiz besar
*1500 ml air
Bahan bertanda * direbus sehingga daging kambing empuk.

Bahan Tumis Rempah Nasi Arab

1 sudu besar minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
9 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang merah besar
1 biji lada hijau - dipotong serong
2 hiris halia - dihiris halus
2 sudu besar rempah nasi arab - campur dengan sedikit air

Sup Nasi Arab

1 liter air rebusan daging kambing
3 sudu besar bahan tumisan rempah nasi arab
Sedikit daun sup - dihiris kasar
Garam secukup rasa

Saltah

2 biji tomato - dipotong dadu
5 biji cili padi merah - kalau nak pedas, tambah cili. Sebaiknya warna merah.
2 tangkai daun sup - dipotong kasar.
Sedikit garam
Sedikit gula kalau suka

Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur




      Basuh beras basmathi sehingga bersih. Rendam sebentar lebih kurang 15 minit.


 Rebus daging kambing bersama air sehingga empuk.



 Bila sudah empuk, toskan daging kambing.



 Rempah nasi arab, dicampur dengan sedikit air.



Rempah 4 sekawan seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.



Bawang putih, bawang merah, halia, lada hijau dan tomato.


Sediakan bahan untuk menumis rempah nasi arab.



 Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan.



 Masukkan bawang putih, bawang merah. Halia dan lada hijau hiris.



Bila bawang sudah layu, masukkan rempah nasi arab yang telah dibancuh dengan
air. Kacau rata.



Kemudian masukkan tomato. Kacau lagi sehingga rata dan hampir kering. Tutup api.



                  Bahagikan kepada 2 bahagian. Tinggalkan sebahagian di dalam kuali.

 Panaskan kuali yang mengandungi bahan tumis nasi arab, masukkan semua air rebusan daging kambing. Kacau rata buat seketika. Kemudian tutup api.
                          

Pindahkan beras dalam kuali ke dalam periuk nasi elektrik. Sukat air rebusan daging kambing secukupnya untuk memasak nasi, bubuh garam secukup rasa. Biarkan dulu ya. Sebab nak masukkan daging kambing sekali kat atasnya.
 


Kita layan daging kambing pula. Gaulkan daging kambing dengan bahan tumis tadi. Masukkan sedikit garam.

Kalau nak bakar, bolehlah dibakar ya.



Tapi Mak Hencik masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Susun kat atas beras. Kemudian baru pasang suis. Biarkan nasi masak.

Cara masak sup


Panaskan air rebusan daging kambing dan masukkan dua sudu besar bahan tumis nasi arab tadi. Bubuh garam secukupnya. Biarkan mendidih dan tutup api.


Masukkan sup ke dalam mangkuk hidangan.


Bahan-bahan untuk membuat saltah. Mudah sahaja caranya. Masukkan bawang besar, cili padi, daun sup, tomato yang dipotong kecil, air, garam gula secukupnya. Perah jus lemon dan kisar hingga hancur. Siap.


Masukkan saltah ke dalam mangkuk hidangan.

Yeayyyy...!! Siap hidangan nasi arab yang dipermudahkan dan diringkaskan. Kita ada nasi   lauk kambng, sup dan saltah.



Jemput makan semua..

Bismillah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan