Rabu, 14 Februari 2018

Ayam Masak Kari Palembang yang sedap

Masakan ini tidak guna santan, pakai air sahaja. Mudah pun mudah. Cepat pun cepat. Sedap pun sangat sedap. 😜😜



Masakan ini saya belajar dari seorang kawan, Kak Rohana. Dia pula belajar masakan ini dari ibu mentuanya. Katanya, Kari Ayam Palembang ini biasanya dimakan dengan nasi himpit pada hari raya.

Semasa mula berkahwin dulu, dia rasa pelik laa jugak sebab sudah biasa makan nasi himpit dengan kuah kacang. Tapi setelah tahun demi tahun berlalu, dia rasa laagi pelik kalau nasi himpit dimakan tanpa ayam palembang ini. 😁😁. 

Bagi saya dan keluarga pula, semestinya kami makan bersama nasi. Makan pula panas-panas ditemani telur dadar. Perghhhh!



RESEPI AYAM MASAK PALEMBANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 ketul ayam - dipotong sederhana besar
1 biji bawang merah sederhana besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia - dihiris halus
1 biji buah tomato - dipotong wedges
1/2 biji bawang holand
3 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan 1/2 cawan air
3 cawan air
1/3 cawan kicap manis
1 biji kentang - dipotong wedges
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil gula atau secukupnya
1 sudu besar asam jawa atau secukupnya - dibancuh dengan sedikit air
3 tangkai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur



Ayam dipotong sederhana besar, dibersihkan dan ditoskan airnya.




Antara bahan-bahan untuk memasak.




Halia, bawang putih, bawang merah dan lada hijau dihiris.



Serbuk kari dicampur dengan 1/2 cawan air



Langkah 1
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hijau yang dihiris.

Kacau seketika sehingga bawang layu dan berwarna kekuningan.



Langkah 2
Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau sekali-sekala sehingga air kering.



Langkah 3
Masukkan ayam. Gaul rata. Kacau sekali- sekala sehingga ayam separuh masak.



Langkah 4
Masukkan air asam jawa.



Langkah 5
Masukkan tomato dan daun kari.



Langkah 6
Masukkan kicap manis. Kacau lagi sehingga rata.




Langkah 7
Masukkan air, bawang holand dan kentang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.




Langkah 8
Biarkan sehingga mendidih dan masak. Dalam masa itu, bolehlah rasa sedap ke tidak. Mmm.. sodap!


Langkah 9
Apabila sudah masak, bolehlah tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Mana nasi nih. Nasi ooo nasi..

Jemput makan kawan-kawan

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan