Jumaat, 26 Januari 2018

Roti Sandwich Telur Paling Mudah

Guna bahan asas sahaja. Kepingan roti, telur rebus, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, mayonis, mentega, daun salad dan secubit garam. Taraaaaa...!! Habis satu bungkusan besar roti sandwich yang nazak esok nak expired.


SANDWICH TELUR YANG PALING MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 bungkus roti sandwich saiz besar
4 biji telur rebus
5 helai daun salad - dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonaise
Secubit garam.

Cara-cara membuatnya

Jom jom jom


Telur rebus dilenyek guna benda alah yang kita guna buat lenyek burger tu. Apatah nama dia. Tak pun guna garpu. Tekan-tekan si telur sehingga hancur. Tak yah hancur lumat.


Daun salad dihiris kasar.


Ambil bekas yang mengandungi telur lenyek tadi. Masukkan mentega, mayonaise, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan secubit garam. Secubit jer tau. Tak mau dua tiga cubit. Pastu gaul sehingga rata. Ketepikan.


Ambil 6 keping roti susun dalam dulang. Letakkan campuran telur rebus tadi secukupnya atas roti.

Mak Hencik suka bubuh banyak.. ratakan atas roti.


Lepas tu tabur daun salad hiris di atas roti yang telah diratakan dengan campuran telur.


Letak pula sekeping roti di atasnya.. kemudian bolehlah potong bahagian tepinya. Dasar manusia mata keranjang.. nak yang cantik sahaja.. yang putih sahaja.. jadi yang hitam dikorbankan hahaha


Susun cantik-cantik dalam bekas.


Yeayyy... Dah siap. Jom makan anak-anak sebelum gi sekolah. Cepat.. cepat..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan