Sabtu, 16 Disember 2017

Cucur Ikan Bilis Kembung yang Lembut

Selepas menikmati hidangan tengahari mulut rasa nak mengunyah pula. Jom buat cucur kembung..



Cucur kembung ni memang enak dimakan semasa panas. Luarnya garing, di dalamnya lembut. Berebut anak-anak sesama sendiri. Itulah rezeki, biar pun hanyalah cucur kembung..


CUCUR KEMBUNG IKAN BILIS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil gula - kalau nak manis tambahlah ya. Tak nak letak pun takpe.
Sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 sudu besar yis segera
Sedikit daun bawang - dihiris halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya

Mari buat sama-sama..


Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, telur, garam, gula, yis, minyak masak, serbuk pati ikan bilis dan air. Pendek kata masuk semua sekali.


Kacau sebati. Kali ni adunan Mak Hencik macam lembik sikit, jadi Mak Hencik tambah dua sudu besar tepung gandum. Adunan mesti agak pekat.

Kalau nak rasa dulu pun boleh. Nak masin ke nak manis ke terpulang kepada selera anak tekak dan anak lidah masing-masing. Anak lidah ada ke? Hihi


Biarkan adunan sejam dua atau sehingga adunan kembang.
Mak Hencik tutup dengan tudung pengukus pulakk. Yang ni tak payah ikut. Hehe


Adunan yang sudah kembang. Sementara itu boleh hiris daun bawang.


Hirisan daun bawang


Penyekkan dulu adunan yang kembang tadi. Guna sudip kaup-balik jer.
Kemudian masukkan daun bawang hiris dan kacau hingga sebati.


Ini rupa adunannya. Boleh mula panaskan minyak untuk menggoreng.


Basuh tangan dulu, kemudian jemput sedikit adunan dan masukkan ke dalam minyak panas. Buat saiz kecil lagi cantik kembungnya. Bulat ajer. Guna sudu pun boleh. Terpulang kepada kemahiran uols..

Tapi tengok Mak Hencik punyala rajin. Besar gedabak. Kihkihkih


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.


Ni rupa isi dalam cucur kembung kita..


Mmm.. sungguh seksi dan menggiurkan..

Mana teh tarik ni.. jemput makan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan