Ayam Goreng yang Rangup dengan Kentang Putar yang membangkitkan selera..
Teringat-ingat akan keenakan ayam goreng KFC tapi rasa malas pula nak keluar. Tambahan pula hujan tengah lebat. Tadi hujan reda sekejap lepas tu kembali menyimbah bumi.
Tengok- tengok, intai-intai dalam peti sejuk ada ayam yang telah dipotong dan dibersihkan. Jejari kentang pun ada. Ubi kentang pun ada beberapa biji. Bolehlah dibuat kentang putar ni.. Hihihi
oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan Ayam Goreng Rangup
1 ekor ayam - dipotong 12
*1 cawan air atau secukupnya
*1 cawan tepung goreng ayam
Bahan bertanda * dicampur dan digaul rata seperti bancuhan goreng pisang.
**2 cawan tepung goreng ayam
**1/2 cawan serbuk roti
Bahan bertanda ** dicampur dan digaul rata untuk disalut pada ayam
Bahan-bahan Kentang Putar
7 biji kentang - direbus dan dilenyek
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
4 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 susu besar kicap manis
2sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
Cara-cara membuatnya
Jomlah kita ke dapur..
Langkah 1
Ayam dibersihkan dan ditoskan.
Langkah 2
Masukkan bancuhan tepung goreng ayam iaitu campuran tepung goreng ayam dan air. Bancuhan tepung tu lebih kurang macam tepung goreng pisang jer. Gaul sebati dengan ayam. Perap dan ketepikan.
Langkah 3
Campurkan serbuk roti dan tepung goreng ayam.
Langkah 4
Keluarkan ayam yang diperap tadi. Salut tepung pada ayam.
Langkah 5
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak.
Langkah 6
Balik-balikkan ayam. Jangan balikkan kuali pulak. Huhu. Bila ayam dah masak, angkat. Toskan minyak dan masukkan dalam bekas. Ketepikan.
Langkah 7
Untuk membuat kentang putar.
Rebus kentang dan toskan air. Masukkan kentang ke dalam mangkuk dan lenyek kentang tersebut sehingga hancur. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
Langkah 8
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kentang menjadi lembut. Jangan sampai cair pula ya.
Langkah 9
Sesudah siap, ketepikan.
Langkah 10
Untuk membuat sos (gravy) kentang putar, sediakan bahan-bahan seperti mentega, tepung gandum, kiub ayam. Yang tak sempat selfie ialah kicap manis, sos tiram, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar. Oh ho.. air jangan dilupa wokey!
Langkah 11
Mula-mula panaskan kuali. Masukkan mentega.
Langkah 12
Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Biarkan tepung sedikit kekuningan.
Mak Hencik kacau menggunakan whisk.
Langkah 13
Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
Langkah 14
Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam kasar, serbuk lada putih, kicap dan sos tiram. Kacau lagi sehingga pekat.
Langkah 15
Apabila gravy sudah pekat seperti yang diinginkan, rasalah dulu sedap ke tidak, Kalu dah sedap, bolehlah tutup api. Kalau tidak sedap, buatlah sampai jadi sedap ya.. Hihi. Pastu boleh tuangkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Apabila gravy sudah pekat seperti yang diinginkan, rasalah dulu sedap ke tidak, Kalu dah sedap, bolehlah tutup api. Kalau tidak sedap, buatlah sampai jadi sedap ya.. Hihi. Pastu boleh tuangkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Langkah 16
Masa untuk menghidang sudah tiba. Apa lagi.. ambillah pinggan. Masukkan seketul dua ayam goreng rangup, scoopkan kentang putar dan disirami dengan gravy serta kentang goreng. Hiaskan dengan sos cili... Siap. Jemput makan semua..
Bismillah...
Masa untuk menghidang sudah tiba. Apa lagi.. ambillah pinggan. Masukkan seketul dua ayam goreng rangup, scoopkan kentang putar dan disirami dengan gravy serta kentang goreng. Hiaskan dengan sos cili... Siap. Jemput makan semua..
Bismillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan