Ahad, 19 November 2017

Resepi Cucur Bawang Kembung yang Lembut dan sangat Mudah disediakan, dengan Langkah Bergambar.

Ternganga bulat dan kadang-kadang lonjong mulut Mak Hencik bila bebudak dok sebut pasal sconelah, pasal pan cake lah, pasal short bread lah.

Berbintang-bintang kepala Mak Hencik memikirkannya. Kapal selamkah? Kuali terbangkah? Ada ke roti pendek nih? Ada ke? Ada ke? Ker apa? Apa ker?!

Mak Hencik bukannya apa.. Zaman Mak Hencik budak-budak dulu tak ada benda-benda tu semua.. Mula-mula Mak Hencik ingat benda-benda  tu adalah species haiwan yang telah pupus.. Sezaman dengan dianasour.. Huhu

Jadi hari ini Mak Hencik kongsikan resepi Cucur Bawang yang biasa dimakan pada zaman Mak Hencik comel-comel dulu..


Resepi  Cucur Kembung Bawang Yang Sangat Lembut dan Mudah dibuat.
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum
2 sb gula
1/2 st garam
2 sb minyak masak
1 sb yis segera 
1 biji telur
1 cwn air
1/2 labu bawang holand - dicincang
 3 cwn minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasak

Jom lerr 


Langkah 1
Di dalam sebuah mangkuk, satukan semua bahan dan kacau rata. Sekiranya adunan lembik sedikit, sila tambah dua tiga sudu tepung gandum. Kalau sudah elok adunannya jangan tambah apa-apa dah.


Langkah 2
Adunan yang sesuai ialah yang boleh dicubit dengan tangan. Kalau disudukan adunan itu membentuk dan tidak jatuh. 




Langkah 3
Tutup adunan tadi dengan penutup yang sesuai. Jangan ikut Mak Hencik. Mak Hencik tutup pakai pinggan. Hehe


Langkah 4
Rupa adunan selepas 1 jam. Mak Hencik tutup lagi dan biarkan dulu. Sajer jer Mak Hencik mengintai. Takdak kerja. Hihi



Langkah 5
Selepas beberapa jam, kita dapati adunan tadi dah kembang hampir memenuhi mangkuk adunan. Ambil sudip kayu dan kacau adunan. Biar udara keluar.


Langkah 6
Sementara itu, cincang bawang Holand dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.


Langkah 7
Kacau adunan hingga sebati. Biar bawang cincang tadi bergaul mesra dengan adunan tepung.


Langkah 8
Ambil kuali dan panaskan minyak. Bila minyak sudah betul-betul panas, bolehlah kita mula menggoreng cucur kita. Kita boleh jemput sikit-sikit menggunakan jari atau boleh juga gunakan sudu.


Langkah 9
Balikkan cucur bawang kita yang sudah kembung tu. Biar dia masak sekata sambil berenang dalam minyak panas.



Langkah 10
Bila sudah masak, terus diangkat. Toskan minyaknya dengan pengetos atau apa-apa objek yang sama waktu dengannya untuk menapis minyak.



Langkah 11
Begitulah rupa cucur bawang kembung kita. Sesuai dihidangkan kepada anak-anak sebelum ke sekolah. Kita boleh bancuh malam sebelum tidur, pagi esoknya kita goreng. Sesuai dibuat untuk minum petang juga. Kita bancuh pagi sebelum pergi bekerja, balik kerja kita goreng. Sesuai juga dimakan semasa menonton tv malam-malam dengan keluarga.


Langkah 12
Ada bau bawang yang wangi, kulitnya krup-krup bila dikunyah dan lembut di dalamnya. Sedap dimakan panas bersama segelas minuman kegemaran. 
 
Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan