Jumaat, 17 November 2017

Isi Ayam Goreng Berkunyit yang Sedap dan Menyelerakan.

Rasa isi ayam goreng yang sedap dan menyelerakan.

 
Kat rumah Mak Hencik ni anak-anak tak suka sangat makan dada ayam. Betis ayam pun diorang tak suka makan. Asyik-asyik paha, paha dan paha. Kalau diberi betis hendakkan paha juga. Betullah kata pepatah Melayu.. Diberi betis hendak paha...

Tapi kan.. Tapi kan.. Itu bukan maksud sebenarnya ya. Apa maksudnya pepatah tersebut? Ramai dah tau ni... Kalau dah tahu jawablah.. Boleh jawab dalam hati juga. Kalau nak bebel-bebel seorang diri pun tiada masalah. Buatlah apa sahaja.. Buatlah sesuka hati awak.. Asalkan awak bahagia... Bahagia... Bahagia.. Marilah kita menikmatinya.. Bahagia.. Bahagia..

Kalau awak nak tahu apa maksudnya, cubalah tanya mak atau ayah atau adik atau kakak atau abang atau mak cik atau pak cik atau sesiapa sahaja yang sesuai. Boleh juga tanya di Google search. 

Hahhh! Apa jawapannya? Entahlah... Huhuhu


ISI AYAM GORENG BERKUNYIT YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 keping dada ayam - dihiris nipis
*1 biji bawang merah saiz sederhana besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 inci kunyit hidup 
1/2 sk serbuk kunyit - jika perlu
Bahan-bahan bertanda * hendaklah dikisar halus atau ditumbuk

1 labu bawang besar Holand
sedikit karot dipotong memanjang
1 biji lada merah atau lada hijau 
3 urat kacang buncis

1/2 cwn minyak masak untuk menggoreng
sedikit garam, gula dan serbuk pati ayam atau ikan bilis


Cara-cara

Meh lerrr


Langkah 1
Dada ayam dihiris nipis supaya mudah masak dengan sekata. Ekcelli, kalau nak guna bahagian tulang pun boleh juga. Sedap juga. Pastu kita basuh bersih-bersih kemudian tos. Biarkan seketika.


Langkah 2
Ambik mesin pengisar kita dan kisar bahan-bahan di atas sampai halus. Kalau nak kasar pun takpe. Suka hati kitalah sebab kita yang nak makan.

Mak Hencik ambil lesung sakti Mak Hencik yang dah lama berehat di bawah dapur. Apa lagi, Mak Hencik tumbuk dengan berseni sekali sehingga agak-agak lumat. Ada irama giteww. Kletung kletang... kletung kletang.. Huhuhu 



Langkah 3 
Masukkan isi ayam yang telah ditos tadi dan masukkan ke dalam besen.
Masukkan juga bahan-bahan kisar atau tumbuk tadi.
Masukkan garam secukup rasa. Agak-agaklah sebab korang tuan dapur rumah korang. Hanya tuan dapur mengenal kemasinan garam di dapur sendiri... kan..




Langkah 4
Gaul sebati. Mak Hencik tengok isi ayam Mak Hencik ni nampak pucat sahaja. Nampak tak bermaya macam berpenyakit pulak. Jadi mak Hencik pun masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mendapatkan warna kuning yang Mak Hencik sukai. Kalau korang tak suka kuning sangat, tak usah bubuh kunyit lagi. Memadai dengan yang tadi sahaja.


Langkah 5
Sediakan kuali kita dan masukkan minyak. Bila dah panas, masukkan isi ayam pelan-pelan. Ingat faktor-faktor keselamatan semasa berada di dapur tu.. Godek-godek sekali-sekala agar ayam kita masak sekata, dua kata, tiga kata atau banyak kata.. Mak Hencik tak kisah..


Langkah 6 
Sementara ayam berada di dalam kuali, kita hiriskan memanjang karot. 
Potong serong kacang buncis, lada merah atau hijau. 
Potong bulat bawang besar Holand atau Mak Hencik hiris jer. Kalau nak cantik, better potong bulat ooo..

Ada pelbagai warna mencantikkan hidangan. Kalau takdok tak po aihhh.


Langkah 7

a. Bila isi ayam sudah hampir garing, masukkan sedikit gula dan serbuk perasa ayam atau ikan bilis. Gaul rata.

b. Masukkan kacang buncis,karot, lada merah dan bawang besar. Gaul lagi.


Langkah 8 
Dah siap dah masakan kita yang sangat ringkas ni. Pinggan bergaya mana? Mana pinggan bergaya?


Langkah 9 
Ni diaaaaa.....!! Nasik mana nasik. Nak oiii ambik nasik. Dah lapar ni.
Bismillah....

Pelita dinyalakan si Nyonya dan Baba;
Mak Hencik ucapkan selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan