Isnin, 28 Jun 2021

Kuih Ketayap Pandan Polkadot

Sungguh sedap!

Setelah makan nasi lemak yang savouri tu, kita pun nak makan kuih yang manis pula. Jadi, kita pun buat kuih ketayap ni sebabnya ia mudah disediakan dan sedap juga rasanya. 


Hari ini, inti ketayap ni Mak Hencik buatkan inti kelapa. Next time nak letak inti kaya atau coklat pula. Atau letak cheese? Rasa-rasa ok tak?


Untuk pandan flavour pula Mak Hencik pergi petik 7,8 helai daun pandan kat tepi dapur. Daun tu potong kecil-kecil dan kisar sehingga lumat, tapis dan ambil airnya. Wangian air pandan asli ni akan membangkitkan aroma kuih kita nanti.


RESEPI KUIH KETAYAP 
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Pewarna hijau
Pewarna merah jambu
Sedikit minyak masak untuk disapu pada kuali atau pan

Sebelum buat kuih ketayap, kita kena siapkan inti kelapa manis dahulu. Boleh buat awal lepas tu simpan dalam peti sejuk.

RESEPI INTI KELAPA MANIS

1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka (3kerek )
1 sudu makan gula putih
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara Buat Inti Kelapa :

💥💚 Dalam kuali, campurkan gula melaka, gula putih, daun pandan, garam dan air. Masak hingga semua cair guna api sederhana.

💥💚 Kemudian  masukkan kelapa parut, gaul rata.

💥💚 Lepas tu masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.


Cara-cara membuat kuih Ketayap.

Jom.. jom.. jom kita ke dapur..


💥💚 Sediakan air pandan. Ambik 5 ke 6 helai daun pandan, potong kasar lepas tu kisar dengan 2 cawan air. Lepas tu tapis. 

💥💚 Kalau tak ada daun pandan, guna air biasa pun takper. Boleh jer letak paste pandan dan pewarna hijau.

💥💚 Kelebihan air daun pandan ni, ia wamgi 


💥💚 Dalam bekas, masukkan 2 cawan air daun pandan, 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan santan, 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam.

💥💚 Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul.


💥💚 Kalau nak senang, masukkan semua bahan tu dalam blender dan kisar sehingga tepung tidak berketul.


💥💚 Seterusnya, ambik 3 ke 4 sudu besar masukkan ke dalam mangkuk kecil dan letakkan pewarna pink.

💥💚 Adunan yang banyak tu diletakkan warna hijau. Kacau sehingga rata.


💥💚 Yang warna pink tu masukkan ke dalam botol yang ada muncung kecil supaya senang nak buat titik atau corak.


💥💚 Sediakan sedikit minyak masak.


💥💚 Letakkan pan atas api. Seeloknya kuali non-stick supaya ketayap senang dikeluarkan.


💥💚Ambil bekas yang berisi adunan berwarna merah jambu dan titikkan di atas pan.


💥💚Ambil lebih kurang 1 senduk adunan pandan tuang ke atas titik-titik tadi. Lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis dan memenuhi pan.

💥💚Kulit ketayap mesti nipis supaya senang digulung, elak dari pecah dan rasanya lebih sedap.

💥💚Lepas tu, tutup guna tudung periuk.
Dalam cuter P Ramlee ada dia nyanyi lagu tudung periuk yang pandai menarik. Jangan ambik yang pandai menari tu ya. Ambik tudung periuk yang biasa-biasa jer..


💥💚Bila kulit ketayap tu dah gelembung, maksudnya ia dah masak. 

💥💚Buka tudung periuk dan angkat kulit ketayap ke atas pinggan besar. Sejukkan sikit.

💥💚 Sementara tu, kita ulangi semula proses membuat kulit ketayap..
1. Sapu minyak pada pan
2. Titikkan adunan warna merah jambu
3. Tuang 1 senduk adunan pandan, lenggangkan pan untuk dapatkan kulit yang nipis sekata dan memenuhi pan. (Nanti saiz akan jadi sama besar)
4. Tutup pan
5. Bila dah gelembung, angkat dan letakkan atas pinggan besar atau tempat yang rata untuk proses bubuh inti kelapa dan gulung.


💥💚 Seterusnya, ambil sekeping kulit ketayap, letakkan dua sudu inti kelapa.


💥💚Gulung sikit dari bahagian atas. Lepas tu sebelah kiri dan kanan tu lipat ke dalam. Lepas tu gulung kemas-kemas.


💥💚Dapatlah 9 ke 10 ketul saiz sederhana.

💥💚Jom makan kawan-kawan semua..

💥💚 Bismillah..

Jumaat, 11 Jun 2021

Mee Sizzling Simple

Cara nak buat mee sizzling ni memang simple giler  tapi rasanya fullamak.. meletops sedap gais!


Kalau pandai masak mee sizzling ni jangan pendamkan bakat tu. Open order dalam group-group taman atau kampung untuk berniaga. Mee Sizzling ni ramai peminatnya, kalau kena cara pengurusan dan pemasaran, rezeki akan datang bergolek-golek.

Sebab ini adalah pengalaman seorang rakan yang cuba-cuba belajar berniaga untuk membantu suami. Hasil penat-lelah dan gigihnya bertahun-tahun tu akhirnya dia berjaya menyewa lot gerai di pusat beli-belah. You know what guys! Dia dapat 30k sebulan hasil jualan ni. Best dengar kan.. 💪💪. Itulah yang diceritakan.. Cerita benar ni.. Kalau dia tipu, maka Mak Hencik pun tipu lah ni...😆😆😆


RESEPI YEE MEE SIZZLING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ulas bawang putih, dihiris
5 keping halia, dihiris
10 tangkai cili kering, dipotong 3 (boleh kurang atau tambah ikut kepedasan masing-masing)

6 cawan air
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin/manis
3 sudu besar kicap cair 
2 ketul kiub ayam
garam dan gula secukupnya

3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak bijan

Sawi Jepun
Yee mee
Telur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya.

Jom.. jom kita ke dapur.


🤍Basuh bersih cendawan shitake kemudian rendam  cendawan sehingga lembut.

🤍Kalau suka cendawan ni, bubuh banyak-banyak pun ok, tak ada orang marah rasanya.


🤍Potong cendawan shitake ikut suka korang. Mak Hencik potong nipis. 

🤍Air rendaman tu simpan. Tambah air untuk cukupkan 6 cawan.


🤍Sediakan bahan-bahan lain seperti bawang putih hiris, halia hiris, cili kering dipotong tiga dan dibasuh bersih, isi ayam dipotong kecil dan sawi Jepun.


🤍 Bahan-bahan lain, kita ada 2 ketul kiub ayam, 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar dan 1 sudu besar minyak bijan.

🤍Dalam mangkuk kecil tu adalah bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.

Dah sedia bahan segala mari kita mulakan..


🤍 Panaskan sedikit minyak masak, tumis cili kering potong diikuti oleh halia hiris dan bawang putih hiris.


🤍Bila bahan tumisan dah garing, masukkan isi ayam. Kacau seketika sehingga isi ayam masak.


🤍Bila isi ayam sudah masak, masukkan air rendaman cendawan dan air berjumlah 6 cawan. Biarkan sehingga mendidih.


🤍Bila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan shitake. 

🤍Masukkan juga bahan perasa seperti garam, gula, kiub ayam, sos tiram, serbuk lada hitam kasar dan kicap manis atau masin. Mak Hencik guna kicap manis jer sebabnya budak-budak ni tak makan kicap masin.

🤍Jangan lupa, masukkan juga garam dan gula secukup rasa.

🤍Biarkan seketika sambil dikacau sekali-sekala.


🤍Bila cendawan shitake tu agak-agak dah masak, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

🤍Akhir sekali masukkan 1 sudu besar minyak bijan. Kacau sehingga rata.


🤍Rasakan dulu kuahnya biar sempurna. Mesti kita bak rasa yang sedap meletops kan. Ha3

🤍Bila rasa dah sempurna, kuah pun dah pekat elok, maka bolehlah kita tutup api.

Sebab Mak Hencik nak terus makan gitu ajer, jadi Mak Hencik celur dulu sayur sawi Jepun.


🤍Sawi jepun sebelum dicelur.


🤍Sawi jepun selepas dicelur. (Buruknya. 😆😆😆)

Lepas tu operasi mencelur yee mee pula..


🤍Kami nak makan terus, jadi Mak Hencik celur yee mee sehingga lembut. 

🤍Kalau nak guna hot plate, yee mee dan sawi tu tak payah dicelur.


🤍Ni hasilnya 5 keping yee mee yang dah siap dicelur.

Akhirnya.. bolehlah dihidangkan.


🤍Untuk satu hidangan, masukkan yee mee ke dalam pinggan, sendukkah kuah dan letakkan sawi jepun celur. 

🤍Jemput makan kawan-kawan semua..

🤍 Bismillah..

Kalau guna hot plate, letak hot plate atas dapur, tuang satu senduk kuah lepas tu letak seketul yee mee. Buka api. Kemudian letakkan lagi kuah atas yee mee, diikuti oleh sawi jepun dan pecahkan sebiji telur. Bila yee mee dah separuh lembut, tutup api. Ready to serve.❤️❤️

Rabu, 9 Jun 2021

Scones Coklat Cip Lagi

Ada lagi tak kuih tu? 

Kuih? Kuih apa..? Owhhh. scones ke?Dah habis dah..

Buat lagi boleh???


Kali ini Mak Hencik mencuba resepi omputih pula. Resepi ni memang secukupnya. Kalau yang sebelum ni adunan lembik sikit pastu kena pandai-pandai tambah tepung gandum sendiri, resepi yang ni pula memang ngam elok jer..


Rasa pun sedap. Sebab Mak Hencik ada banyak lebihan whipping cream, jadi lagi sekali Mak Hencik gunakan, resepi asal letak susu segar. 😎😎


RESEPI SCONE
Oleh Dapur Cempakasari

3 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 ketul mentega 
1/2 cawan whipping cream/susu cair
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


🖤Dalam bekas, masukkan 3 cawan tepung gandum yang diayak dengan 3 sudu kecil baking powder dan soda bikarbonat bersama 1/3 ketul mentega. 
(Mentega yang 250gm tu kita bahagi tiga dan ambik 1 jer). Senang kerja. Ki3

🖤Gaul rata semua bahan tersebut bersama 1 sudu kecil garam dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.


🖤Sediakan 1/2 cawan whipping cream. Resepi asal letak susu segar. So, boleh pilihlah nak letak mana-mana pun. 


🖤 Dalam bekas lain, godekkan 2 biji telur bersama 1/2 cawan gula dan 2 sudu kecil esen vanilla. Biar semua bercampur sebati.


🖤Ambik 1 sudu besar campuran telur tadi untuk diglis atas scone nanti. (,Mengelat cikit. Kikiki) Ketepikan.


🖤Ambil besen tepung gandum tadi, buatkan lubang di tengah kemudian tuang campuran telur tu pula.

🖤Kacau menggunakan spatula atau sudip kayu.


🖤 Kemudian masukkan pula whipping cream atau susu segar. Kacau lagi.


🖤 Adunan memang lembik tetapi boleh dibentuk.


🖤Sediakan alas plastik atau alas yang sesuai. Tabur sedikit tepung gandum.


🖤 Keluarkan adunan dari bekas dan letakkan atas alas tadi. Alamak! Mak Hencik terlupa nak masukkan coklat cip tadi jadi Mak Hencik bubuh sekarang dan gaul rata. 😆😆😆


🖤 Canaikan setebal 1 inci Dan Dan terap dengan acuan atau bentuk yang disukai.

🖤Masa ni dah boleh panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C


🖤 Susun atas dulang yang dialas dengan baking paper. 

🖤Sapu atas dia dengan campuran telur tadi.


🖤Bakar dalam oven selama 18 ke 20 minit pada suhu 180°C

🖤Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

🖤Enak dimakan bersama teh o panas.

🖤 Bismillah..